iii. Contoh kesan dan akibat penderaan dan pengabaian:
• kecederaan pada tubuh badan,
• berpenyakit,
• kebuluran,
• kecacatan fizikal, sosial, emosi dan perkembangan moral,
• tiada keyakinan atau rendah diri,
• kemurungan.
iv. Contoh kesan dan akibat penderaan seksual melalui insiden-insiden yang kecil
boleh menyebabkan gangguan emosi yang sementara:
• rasa malu,
• ketakutan,
• kekeliruan,
• rasa bersalah,
• rasa dipinggirkan,
• tidak mempercayai orang dewasa atau orang yang tidak dikenali.
v. Hak asasi manusia adalah hak asasi dan kebebasan milik semua manusia.
Hak-hak ini telah dinyatakan dalam 30 Artikel Perisytiharan Hak Asasi Manusia
Sejagat (UDHR) yang diguna pakai oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
pada 10 Disember 1948.
x. UDHR mengisytiharkan bahawa semua manusia dilahirkan sama rata dari segi
maruah diri dan hak-hak, tanpa mengira bangsa, agama, warna kulit, jantina
dan pangkat.
xi. Hak kanak-kanak telah dinyatakan di dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanakkanak (CRC).
xii. Terdapat 54 Artikel di dalam CRC.
xiii. Kanak-kanak adalah mereka yang berumur 18 tahun dan ke bawah.
Berikut adalah antara Artikel dalam CRC yang berkaitan dengan aktiviti ini:
• Artikel 2. CRC. Tiada diskriminasi.
• Artikel 24. CRC. Hak kepada kesihatan dan perkhidmatan kesihatan.
• Artikel 12. CRC. Pendapat kanak-kanak.
• Artikel 13. CRC. Kebebasan bersuara.
• Artikel 3. CRC. Kepentingan terbaik kanak-kanak.
15