MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA Ulasan umum (General comment) - Tafsiran badan triti terhadap mana-mana peruntukan di dalam triti hak asasi manusia atau isu tematik atau kaedah pelaksanaannya. Tujuan ulasan umum adalah untuk memberikan penjelasan kepada tugas pelaporan negara ahli berkaitan peruntukan tertentu dan pendekatan terbaik untuk melaksanakan peruntukan berkenaan. Dikenali juga sebagai “cadangan umum” (general recommendation). Undang-undang antarabangsa - tanggungjawab perundangan sesebuah negara dalam perlakuan mereka antara satu sama lain, dan perlakuan mereka terhadap individu yang berada di dalam sempadan negara. Domain undang-undang antarabangsa merangkumi berbagai isu keprihatinan antarabangsa antaranya seperti hak asasi manusia, perlucutan senjata, jenayah antarabangsa, pelarian, migrasi, masalah kewarganegaraan, layanan tahanan, penggunaan kekerasan, dan pelaksanaan perang. Undang-undang antarabangsa juga mengatur kebersamaan dunia (commons global), seperti alam sekitar dan pembangunan lestari, perairan antarabangsa, angkasa lepas, komunikasi global dan perdagangan dunia. Undang-undang adat antarabangsa - amalan yang diperakui dalam undang-undang berdasarkan adat dan tradisi. Untuk menjadi undang-undang adat antarabangsa, sesuatu amalan harus memenuhi dua elemen: amalan yang seragam dan konsisten bagi kebanyakan negara untuk tempoh masa lama dan kepercayaan bahawa amalan tersebut wajib (opinio juris). Ini adalah sumber undang-undang antarabangsa yang penting dan berfaedah kerana mengikat semua negara, sama ada mereka telah bersetuju kepada sesuatu triti. 179 

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents