MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
Pemeriksaan intrusif - Melibatkan pemeriksaan dalam badan atau lubang badan termasuk
pengeluaran yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan, pembantu hospital atau
jururawat berdaftar dibawah arahan.
Penggunaan kekerasan – kekerasan yang dibenarkan oleh undang-undang untuk
digunakan oleh penguatkuasa bagi melaksanakan tangkapan apabila suspek melawan
tangkapan tersebut.
Pengehadan hak asasi manusia – tindakan menyekat hak asasi manusia tertentu (hak
terbatas) yang perlu dan berkadaran mengikut undang-undang untuk melindungi
keselamatan negara, ketenteraman awam, kesihatan awam atau moral atau hak dan
kebebasan orang lain
Penilaian Penggalan Sejagat - satu mekanisme Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) di mana
rekod hak asasi manusia kesemua 192 Negara Anggota dinilai semula setiap empat
setengah tahun. UPR merupakan mekanisme baru yang diwujudkan oleh Persidangan
Umum PBB di bawah Resolusi 60/251 pada 15 Mac 2006.
Peraturan Bangkok - secara rasminya adalah Peraturan PBB untuk Layanan Terhadap
Banduan Wanita dan Langkah Bukan Penahanan bagi Pesalah Wanita, mengandungi 70
peraturan yang berkaitan dengan layanan termasuk hak wanita yang menghadapi sistem
keadilan jenayah. Ia diterimapakai oleh Perhimpunan Agung PBB pada 22 Disember 2010.
Peraturan Bangkok terpakai untuk semua tahanan wanita sama ada dalam tempoh reman
atau telah dijatuhkan hukuman dan setelah dibebaskan sepanjang mereka menghadapi
sistem keadilan jenayah.
Peraturan Beijing – secara rasminya adalah Peraturan Piawaian Minima PBB untuk Pentadbiran
Keadilan Juvenil diterimapakai oleh Perhimpunan Agung PBB pada 29 November 1985. Ia
mengandungi 30 peraturan yang mengariskan panduan dalam menangani pentadbiran
keadilan juvenil. Peraturan 7 menyenaraikan hak-hak juvenil iaitu anggapan tidak bersalah,
hak untuk dimaklum pertuduhan, hak untuk berdiam diri, hak untuk mendapatkan khidmat
peguam, hak untuk kehadiran ibu bapa atau penjaga, hak untuk berhadapan dan menyoal
balas saksi dan hak untuk membuat rayuan kepada pihak berkuasa yang lebih tinggi.
Peraturan Mandela – merupakan Peraturan Piawaian Minima untuk Layanan Banduan
diterimapakai oleh Kongres Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Pertama mengenai
Pencegahan Jenayah dan Layanan terhadap Pesalah yang diadakan di Geneva pada
tahun 1955. Peraturan in kemudiannya dikajisemula dan diterimapakai oleh Perhimpunan
Agung PBB pada tahun 2015. Peraturan ini kemudiannya dikenali sebagai Peraturan
Mandela kerana menghargai legasi Nelson Mandela yang pernah dipenjarakan selama 27
tahun kerana memerangi apartheid. Ia mengandungi 122 peraturan.
Perisytiharan - dokumen yang mengandungi prinsip dan piawaian yang dipersetujui
bersama tetapi tidak mengikat secara perundangan. Persidangan PBB, seperti Persidangan
PBB Mengenai Hak Asasi Manusia 1993 di Vienna dan Persidangan Dunia untuk Wanita
1995 di Beijing, menghasilkan dua deklarasi: satu yang ditulis oleh wakil kerajaan dan satu
lagi oleh organisasi bukan kerajaan (NGO). Perhimpunan Agung PBB sering mengeluarkan
perisytiharan yang berpengaruh tetapi tidak mengikat.
176
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents