MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
38. Antara berikut yang manakah TIDAK BENAR tentang prinsip-prinsip umum penahanan
orang kurang upaya?
a. Penangkapan atau penahanan seseorang yang mempunyai kekurangan upaya
fizikal, mental, intelektual atau deria harus mengikut undang-undang
b. Negara hendaklah memastikan perkhidmatan yang tersedia untuk tahanan semasa
dalam penahanan dapat diakses secara saksama oleh orang kurang upaya
c. Negara hendaklah memastikan bahawa tindakan tatatertib terhadap tahanan
mengambil kira ketidakupayaan seseorang
d. Negara perlu menyediakan peneman kepada tahanan kurang upaya untuk
memastikan keperluannya terjaga sepanjang penahanan
39. Berikut adalah hak orang yang disoal siasat KECUALI...
a. Dilindungi daripada gangguan sewenang-wenang terhadap privasi, keluarga,
rumah atau surat-menyurat
b. Segala maklumat yang diperolehi melalui sesi soal siasat harus dirahsiakan kecuali
mengikut keperluan undang-undang
c. Dilindungi daripada tekanan fizikal atau mental dalam cubaan untuk mendapatkan
maklumat
d. Tidak memberikan sebarang kerjasama kepada soal siasat yang dijalankan.
40. Jahal cuba mencuri setin susu tepung untuk ibu mengandung dari sebuah pasaraya.
Dia telah ditangkap oleh anggota polis semasa melakukan perbuatan tersebut. Usia
beliau adalah 11 tahun dan dia memberitahu bahawa dia mencuri susu tersebut
kerana ibunya sedang mengandung 7 bulan dan bapanya baru meninggal sebulan
yang lalu. Berdasarkan pernyataan tersebut, antara tindakan di bawah, yang manakah
selari dengan pendekatan hak asasi manusia sekiranya diambil oleh polis?
a. Menahan Jahal kerana laporan polis dibuat oleh pihak pasaraya dan meneruskan
kertas siasatan kerana dia telah mencapai umur anggapan keupayaan melakukan
jenayah yang boleh disangkal.
b. Melibatkan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan berbincang dengan pihak
pasaraya sama ada perlu meneruskan kes tersebut atau sebaliknya sebelum
membuat keputusan selanjutnya.
c. Membebaskan Jahal walaupun laporan polis terhadap Jahal dilaporkan oleh
pihak pasaraya.
d. Berbincang dengan pihak pasaraya sama ada perlu meneruskan kes tersebut dan
memberikan pengajaran kepada Jahal dengan menampar mukanya agar dia
tidak mengulangi perbuatan tersebut.
Modul 5: Larangan penyeksaan dan layanan serta hukuman zalim, tidak berperikemanusiaan
serta menjatuhkan maruah
41. Bilakah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Penyeksaan dan
Layanan atau Hukuman Lain yang Zalim, Tidak Berperikemanusiaan atau Menjatuhkan
Maruah (UNCAT) diluluskan oleh PBB?
a. 24 April 1995
b. 10 Disember 1984
c. 10 Ogos 1984
d. 24 Mei 2001
42. Berapakah bilangan Negara Ahli yang meratifikasi UNCAT?
a. 53 c. 118
b. 121 d. 171
167
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents