MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA Menangguhkan temubual 2.72 Penemubual wajar dan dibenarkan menangguhkan temubual supaya boleh mengambil tindakan susulan terhadap maklumat yang diterima atau menjalankan siasatan tambahan. Begitu juga, peguam atau orang yang ditemubual boleh meminta waktu rehat, contohnya untuk berehat atau berunding secara sulit. Enggan membenarkan permintaan sedemikian boleh memberi kesan kepada kebolehpercayaan maklumat yang dikumpul ketika temubual. 2.73 Jika orang yang ditemubual memerlukan rawatan, penemubual hendaklah menangguhkan temubual serta-merta dan memastikan perhatian segera diberikan. 2.74 Penting bagi memastikan seseorang tidak disoal sebagai saksi semata-mata untuk mengelak daripada keperluan syarat perundangan semasa menyoal suspek. Jika seseorang yang pada asalnya disoal sebagai saksi bertukar menjadi suspek ketika temubual dijalankan, penemubual patut menghentikan temubual serta-merta dan memberikan amaran jelas kepada orang yang ditemubual tentang penukaran status mereka kepada suspek. Penemubual patut memaklumkan orang yang ditemubual hak mereka sebagai suspek dan memberikan masa dan sumber yang perlu bagi mereka memahami hak-hak tersebut. Mengakhiri Temubual – Penilaian dan Analisis 2.75 Penemubual yang berkesan patut sentiasa mengakhiri temubual dengan penuh hormat dan profesional. Ini meningkatkan peluang untuk berkomunikasi lagi pada masa hadapan, mengelakkan salah faham yang mungkin berlaku dan boleh meningkatkan kepercayaan terhadap institusi awam. 2.76 Penemubual patut menyemak maklumat yang diperoleh dengan orang yang ditemubual (dan peguam, jika terlibat) dan, sekiranya terdapat laporan bertulis (jika tidak menggunakan rakaman audio/visual), meminta mereka menandatanganinya sebagai pengesahan ketepatan kandungan laporan itu. Sebarang pindaan hendaklah direkodkan, dan jika relevan, sebarang keengganan orang yang ditemubual untuk menandatangani rekod temubual juga direkodkan. Sesalinan rekod bertulis hendaklah diberikan kepada orang yang ditemubual dan peguam (jika terlibat). Penemubual patut memberikan orang yang ditemubual maklumat yang sesuai tentang peringkat proses yang seterusnya. 2.77 Sebaik sahaja temubual tamat, penemubual memastikan maklumat yang diberikan ketika proses tersebut adalah tertakluk kepada privasi dan perlindungan data yang wajar. Ini mungkin termasuk memastikan maklumat tersebut tidak disampaikan kepada orang ramai atau institusi yang mungkin akan membahayakan hak orang yang ditemubual. 2.78 Penilaian dan analisis merupakan bahagian penting proses temubual yang berjaya. Masa yang diluangkan untuk tujuan ini mungkin berbeza-beza mengikut keseriusan perkara, namun ia tidak patut dipercepatkan dengan terburu-buru. Orang yang ditemubual patut menilai dan menganalisis: 145 

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents