MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA 19. Kerajaan dan agensi penguatkuasaan undang-undang hendaklah memastikan bahawa semua pegawai penguatkuasa undang-undang diberi latihan dan diuji berdasarkan piawaian kecekapan yang sesuai dalam penggunaan kekerasan. Pegawai penguatkuasa undang-undang yang dikehendaki membawa senjata api hanya diberi kuasa untuk melakukannya setelah tamat latihan khas dalam penggunaannya. 20. Dalam latihan pegawai penguatkuasa undang-undang, Kerajaan dan agensi penguatkuasaan undang-undang hendaklah memberi perhatian khusus kepada isu-isu etika polis dan hak asasi manusia terutama dalam proses siasatan, dan juga kepada alternatif penggunaan kekerasan dan senjata api termasuk penyelesaian konflik secara aman, pemahaman tentang tingkah laku orang ramai, kaedah pujukan, perundingan dan mediasi termasuklah kaedah teknikal, dengan tujuan untuk membatasi penggunaan kekerasan dan senjata api. Agensi penguatkuasaan undang-undang harus mengkaji semula program latihan dan prosedur operasi mereka berdasarkan kejadian-kejadian tertentu. 21. Kerajaan dan agensi penguatkuasaan undang-undang harus menyediakan kaunseling stres untuk pegawai penguatkuasa yang terlibat dalam situasi di mana kekerasan dan senjata api digunakan. Pelaporan dan prosedur semakan 22. Kerajaan dan agensi penguatkuasaan undang-undang hendaklah membangunkan prosedur pelaporan dan semakan yang berkesan untuk semua insiden yang disebut dalam prinsip 6 dan 11 (f). Bagi insiden yang dilaporkan selaras prinsip-prinsip ini, Kerajaan dan agensi penguatkuasaan undang-undang hendaklah memastikan bahawa proses semakan yang berkesan tersedia dan pihak berkuasa pentadbiran atau pendakwaan yang bebas bersedia untuk menjalankan bidang kuasa mereka dalam keadaan yang sesuai. Dalam kes kematian dan kecederaan serius atau akibat serius yang lain, laporan terperinci akan dihantar segera kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk semakan pentadbiran dan kawalan kehakiman. 23. Orang yang terjejas oleh penggunaan kekerasan dan senjata api atau wakil mereka yang sah mesti mempunyai akses kepada proses yang bebas, termasuk proses kehakiman. Sekiranya berlaku kematian orang berkenaan, peruntukan ini akan terpakai kepada tanggungan mereka dengan sewajarnya. 24. Kerajaan dan agensi penguatkuasaan undang-undang hendaklah memastikan pegawai atasan bertanggungjawab sekiranya mereka mengetahui, atau sepatutnya mengetahui, pegawai penguatkuasa undang-undang di bawah arahan mereka menggunakan, atau telah menggunakan, kekerasan dan senjata api secara tidak sah, dan mereka tidak mengambil semua langkah di dalam kuasanya untuk mencegah, mengawal atau melaporkan penggunaan tersebut. 25. Kerajaan dan agensi penguatkuasaan undang-undang hendaklah memastikan bahawa tidak ada hukuman jenayah atau tatatertib dikenakan kepada pegawai penguatkuasa undang-undang yang enggan melaksanakan perintah menggunakan kekerasan dan senjata api, atau melaporkan penggunaan sedemikian oleh pegawai lain kerana mematuhi Kod Tatakelakuan untuk Pegawai Penguatkuasa Undang-undang dan prinsip-prinsip asas ini. 123 

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents