MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
Perisytiharan Tokyo - merupakan garis panduan untuk Ahli Perubatan Berkaitan Penyeksaan
dan Layanan serta Hukuman yang Zalim, Tidak Berperikemanusiaan atau Menjatuhkan
Maruah Berhubung Dengan Penahanan dan Pemenjaraan. Ia mengandungi 10 artikel dan
diterimapakai pada Perhimpunan Perubatan Dunia ke-29 di Tokyo, Jepun dalam bulan
Oktober 1975.
Perlembagaan Persekutuan – undang-undang tertinggi Malaysia yang
tunggak penubuhan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka pada 31
kemudiannya Malaysia pada 16 September 1963. Ia mengandungi 15
183 perkara. Mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan
Persekutuan adalah terbatal.
mana menjadi
Ogos 1957 dan
bahagian dan
Perlembagaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu - sebuah organisasi antara kerajaan antarabangsa
(IGO) yang ditubuhkan pada tahun 1945 setelah Perang Dunia Kedua dengan tujuan untuk
mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa, mengembangkan hubungan
persahabatan di antara negara-negara dan mempromosikan kemajuan sosial, taraf hidup
yang lebih baik dan hak asasi manusia.
Piagam Madinah – Piagam Madinah dikodifikasikan pada tahun 622 M di kota Madinah oleh
Nabi Muhammad (saw) setelah baginda berhijrah daripada Mekah ke Madinah kerana
diskriminasi dan penyeksaan yang dilakukan terhadap Orang Islam di Mekah. Ia juga
merupakan Perlembagaan Madinah yang menentukan hak dan kewajipan warganegara
serta kesaksamaan atas dasar tanpa diskriminasi. Beberapa artikel awal Piagam memperakui
undang-undang adat sedia ada yang diamalkan oleh kabilah yang ada di Madinah. Artikel
selebihnya dalam Piagam menentukan hak, tanggungjawab penduduk tempatan dan
pendatang dan garis panduan umum. Sebilangan besar artikel mengetengahkan prinsipprinsip tiada diskriminasi.
Piagam PBB – perjanjian yang menjadi asas kepada penubuhan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu. Ia diterimapakai sebulat suara pada 25 Jun 1945 dan menetapkan hak
dan kewajiban Negara Anggota serta membentuk organ dan prosedur PBB.
Prinsip Paris - adalah standard minimum antarabangsa untuk NHRI yang efektif dan
berkredibiliti. Ia menetapkan bahawa NHRI perlu mempunyai kebebasan dari segi operasi,
keanggotaan, operasi, dasar dan kawalan sumber. NHRI yang memenuhi piawaian Prinsip
Paris sepenuh diakreditasi sebagai status ‘A’ manakala NHRI yang mematuhi sebahagian
daripada Prinsip Paris diakreditasi dengan status ‘B’. NHRI yang berstatus ‘A’ mempunyai
hak yang bebas untuk menyertai sesi Majlis Hak Asasi Manusia PBB, badan-badan
subsidiarinya dan beberapa badan dan mekanisme Perhimpunan Agung PBB. Mereka
layak untuk menjadi anggota Global Alliance of NHRI (GANHRI) sepenuhnya, termasuk hak
untuk memilih dan memegang jawatan tadbir urus. NHRI yang diakreditasi dengan status
‘B’ boleh mengambil bahagian dalam mesyuarat GANHRI tetapi tidak dapat memilih atau
memegang jawatan tadbir urus.
Prinsip Wilayah dan Bendera (Territorial and Flag Principle) – Prinsip wilayah bermaksud
negara mempunyai kuasa eksklusif menangani jenayah yang berlaku di dalam wilayahnya
manakala Prinsip bendera bermaksud negara mempunyai bidangkuasa ke atas manamana kapal/kapalterbang yang berdaftar di negaranya.
177
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents