MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR) - triti hak asasi manusia antarabangsa antara
47 negara yang menjadi anggota Majlis Eropah (CoE). Majlis Eropah adalah berbeza
dengan Kesatuan Eropah. Negara yang menandatangani ECHR telah membuat komitmen
perundangan untuk mematuhi piawaian perilaku tertentu dan untuk melindungi hak dan
kebebasan asasi . ia adalah perjanjian untuk melindungi kedaulatan undang-undang dan
mempromosikan demokrasi di negara-negara Eropah. Ia ditandatangani pada tahun 1950
dan berkuatkuasa pada tahun 1953.
Magna Carta - bermaksud ‘Piagam Agung’ merupakan satu dokumen paling terkenal di
dunia. Ia dipersetujui oleh Raja John dari England yang memerintah antara tahun 1199–1216,
sebagai penyelesaian kepada krisis politik yang dihadapinya pada tahun 1215. Magna
Carta menetapkan untuk pertama kalinya prinsip bahawa setiap orang, termasuk raja,
tunduk pada undang-undang. Magna Carta menjadi tonggak perlembagaan Inggeris.
Sebahagian besar daripada 63 fasal yang dikemukakan oleh Raja John menangani
rungutan khusus yang berkaitan dengan pemerintahannya. Fasal ke-39 memberikan semua
‘lelaki merdeka’ hak kepada keadilan dan perbicaraan yang adil. Beberapa prinsip teras
Magna Carta kemudiannya terkandung dalam banyak dokumen perlembagaan lain di
seluruh dunia, serta dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 dan Konvensyen
Hak Asasi Manusia Eropah 1950.
Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah – mahkamah yang terletak di Strasbourg, Perancis
ini merupakan mahkamah yang mempunyai bidangkuasa melampaui sempadan negara
dan ditubuhkan mengikut Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah. Ia menyediakan jalan
penyelesaian perundangan terakhir kepada individu yang mendakwa bahawa negara ahli
kepada Konvensyen tersebut telah melanggar hak asasi mereka.
Majlis Hak Asasi Manusia - sebuah badan antara kerajaan dalam sistem PBB yang terdiri
daripada 47 Negara Ahli yang bertanggungjawab untuk memperkukuh promosi dan
perlindungan hak asasi manusia di seluruh dunia. Majlis ini dibentuk oleh Perhimpunan
Agung PBB pada bulan Mac 2006 untuk menggantikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, dan
dengan tujuan utama menangani situasi pelanggaran hak asasi manusia dan membuat
syor berkaitannya.
Maruah diri – nilai diri individu sebagai manusia yang perlu dihargai, dihormati, dan dilayan
secara terhormat. Maruah diri manusia menjadi asas kepada konsep hak asasi manusia.
Negara - menurut Artikel 1 Konvensyen Montevideo 1933, negara sebagai pihak yang
tertakluk kepada undang-undang antarabangsa memiliki ciri-ciri berikut:
1. Penduduk tetap
2. Wilayah yang ditentukan
3. Kerajaan
4. Kapasiti untuk menjalin hubungan dengan negara-negara lain.
Negara ahli - negara yang mertifikasi mana-mana undang-undang antarabangsa maka
menjadi ahli dan tertakluk kepada undang-undang tersebut.
Negara anggota - negara yang menjadi anggota organisasi antara kerajaan antaranya
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Majlis Eropah.
174
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents