MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
Aktiviti 3 : Perbincangan Kajian Kes
Tujuan:
Aktiviti ini bertujuan meneliti situasi di mana penyeksaan berlaku dan langkah pencegahan.
Bahan: Kajian kes
Tempoh masa: 30 Minit
Kaedah pelaksanaan
Bahagikan kepada enam kumpulan dan edar kajian kes serta bincangkan kajian serta
langkah pencegahan kes tersebut.
Situasi 1: Penahanan
Enam pegawai polis menahan Encik K pada 5 Oktober 2020. Mereka melemparkan bom
asap ketika memasuki flat Encik K dan memaksanya meniarap ke atas lantai. Mereka
menggarinya dan menutup kepalanya dan kemudian membawanya ke balai polis untuk
disoal siasat. Dia hanya dibenarkan menukar pakaian selepas dibawa ke lokap setelah 24
jam disoal siasat tanpa henti. Dia membuat permohonan untuk mendapatkan rawatan
ketika di lokap tetapi permohonannya hanya dipenuhi pada hari ke-8 dia direman. Setelah
diperiksa oleh doktor dan menjalani x-ray, didapati bahawa dia mengalami patah tulang
rusuk.
Situasi 2: Soal siasat
Polis menahan Encik R kerana mengedar dadah. Encik R mendakwa bahawa pegawai
polis menyoalnya secara kasar, menghina dan memukul dia berulang kali untuk memaksa
dia mengaku mengedar dadah. Mereka memukul di kepala dan lengan kanan dan
menendangnya di bahagian atas kaki dan pinggang. Mereka menarik rambutnya sehingga
dia jatuh ke lantai dan menendangnya.
Walau bagaimanapun, pegawai polis terlibat melaporkan bahawa Encik R terjatuh sendiri
ketika berada di lokap. Kecederaan itu berlaku sebelum soal siasat dilakukan.
Setelah dibebaskan, Encik R pergi ke hospital untuk pemeriksaan, di mana doktor memeriksa
lebam di lengan kanannya. Tidak dapat dinafikan bahawa kecederaan Encik R dialami
semasa dalam tahanan polis. Semasa penahanannya, dia sepenuhnya di bawah kawalan
pegawai polis. Akibat kekurangan bukti, tidak ada pegawai polis yang didapati bersalah.
Walaubagaimanapun, itu tidak membebaskan negara dari tanggungjawab untuk
memberikan penjelasan yang munasabah mengenai kecederaan Encik R.
Soalan Perbincangan
1. Berdasarkan situasi-situasi di atas, pada pandangan anda, adakah penyeksaan
atau layanan yang zalim, tidak berperikemanusiaan dan menjatuhkan maruah telah
berlaku? Apakah tindakan-tindakan tersebut?
2. Kenapakah tindakan tersebut boleh berlaku?
3. Apakah yang langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan tindakan tersbeut
daripada berlaku?
4. Apakah tindakan yang harus diambil apabila aduan berkenaan tindakan tersebut
dibuat?
98
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents