MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
5. Pegawai polis hendaklah mengambil kira faktor-faktor berikut apabila mengendalikan
sesuatu insiden.
a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)
h)
Tahap seriusnya sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh sabjek;
Saiz, umur dan berat badan sabjek;
Kekuatan fizikal sebenar sabjek;
Keadaan mental, perubatan dan pengaruh akibat dadah atau arak;
Bilangan sabjek yang terlibat atau orang lain yang mungkin akan terlibat sama;
Senjata yang dimiliki sabjek atau yang boleh diperolehi sabjek;
Pengetahuan tentang sejarah sifat ganas sabjek;
Kehadiran orang awam atau mereka yang berpotensi menjadi mangsa dalam
kawasan tersebut;
i ) Sama ada sabjek boleh ditangkap kemudian.
6. Pegawai polis hendaklah juga mengambil perhatian faktor-faktor yang ada pada
mereka sendiri apabila mengendalikan keadaan tersebut. Faktor-faktor berikut tidak
terhad dan termasuklah:a) Saiz, kekuatan fizikal dan kepakaran serta taktik yang ada pada pegawai polis itu;
b) Bilangan pegawai polis yang hadir atau boleh diperolehi ketika itu;
c) Keperluan untuk mengambil tindakan serta merta dalam keadaan di mana serangan
tiba-tiba berlaku;
d) Senjata dan alat penahanan yang ada pada anggota polis.
•
Cabaran utama dalam mewujudkan polisi yang efektif adalah untuk memenuhi
kehendak prinsip-prinsip keperluan dan berkadaran terutama dalam keadaan
tekanan atau berbahaya. Prinsip ini dapat dipenuhi dengan mengaplikasikan
konsep hak asasi manusia dalam setiap rutin harian pekerjaan, sentiasa
menambahbaik pengetahuan, kemahiran dan sikap seseorang terhadap hak asasi
manusia melalui latihan serta kursus yang berkala.
Aktiviti 1: Analisis Hak Asasi Manusia - Tanggungjawab Melindungi, Menghormati dan
Memenuhi Hak Asasi Manusia
Kajian kes 1: Pengurusan perhimpunan aman
Akta Perhimpunan Aman 2012 memberi kebenaran untuk berhimpun atau mengadakan
protes secara aman tetapi ia mestilah mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
Sebuah organisasi bukan kerajaan telah mengadakan satu perhimpunan aman sempena
Sambutan Hari Habitat Sedunia yang bertemakan “Perumahan Untuk Semua” di Kuala
Lumpur. Pihak Penganjur telah mengemukakan notis berkenaan perhimpunan tersebut
kepada Ketua Polis Daerah 10 hari sebelum perhimpunan dan juga telah mengadakan
perbincangan dengan pihak polis berkenaan perancangan pergerakan perhimpunan
sebelum program dijalankan.
Pada hari kejadian, peserta telah berarak dari Stesen LRT Masjid Jamek ke Bukit Bintang
sambil memegang sepanduk dan melaungkan isu tuntutan berkenaan hak perumahan.
Seramai 200 peserta telah menyertai perhimpunan aman tersebut yang bermula pada jam
11.00 pagi sehingga jam 2.00 petang.
48