MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
MODUL 3:
HAK ASASI MANUSIA DAN KEPOLISAN
KANDUNGAN
Nota Rujukan Tenaga Pengajar
1. Kedaulatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia
2. Polis dan Hak Asasi Manusia
3. Sumber Rujukan Piawaian Hak Asasi Manusia Untuk Polis
4. Prinsip Asas Penguatkuasaan Undang-Undang
5. Sekatan Hak Asasi Manusia: Pelanggaran atau Pengehadan
Aktiviti 1: Analisis hak asasi manusia - Tanggungjawab melindungi,
menghormati dan memenuhi hak asasi manusia
PENDAHULUAN:
Adalah menjadi tanggungjawab negara untuk mempertahankan kedaulatan undangundang, ketenteraman dan keselamatan di dalam sesebuah negara. Objektif tersebut
boleh dicapai melalui penguatkuasaan undang-undang negara. Pasukan polis adalah
salah satu agensi yang bertanggungjawab memastikan kedaulatan undang-undang,
ketenteraman dan keselamatan negara.
Pasukan polis diberikan pelbagai jenis kuasa berdasarkan undang-undang untuk
membolehkan mereka melaksanakan kewajipan mereka menguatkuasakan undangundang dan memberikan bantuan apabila diperlukan. Kadangkala penggunaan
kekerasan oleh pasukan polis menjadi perlu dan tidak dapat dielakkan dalam
menguatkuasakan undang-undang. Akan tetapi, ia boleh mewujudkan situasi konflik
antara pasukan polis serta masyarakat. Walaupun konfrontasi pada mulanya mungkin
hanya melibatkan pegawai atau anggota polis dan individu yang terlibat sahaja,
konfrontasi tersebut mampu menjejaskan kualiti hubungan sedia ada antara pasukan
polis dan masyarakat secara keseluruhannya, terutama apabila tindakan yang diambil
pihak polis adalah menyalahi undang-undang, tidak berkadaran atau tidak perlu.
Oleh itu, prosedur pemantauan dan pemeriksaan yang mencukupi adalah penting bagi
menjamin keseimbangan antara kuasa budi bicara pegawai polis dan tanggungjawab
dari segi undang-undang.
Melalui modul ini peserta akan diperkenalkan kepada prinsip-prinsip asas dalam
penggunaan kuasa oleh polis agar penguatkuasaan yang dijalankan dapat memenuhi
objektif yang dikehendaki termasuklah menghormati hak asasi manusia. Manakala aktiviti
yang berdasarkan kajian kes akan membantu menambahbaik kemahiran peserta untuk
menilai penggunaan kuasa yang wajar semasa tangkapan, penahanan dan sebagainya
berdasarkan prinsip-prinsip asas tersebut.
40