MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA Kaedah pelaksanaan a. Setiap kumpulan akan melantik seorang ketua. Tenaga pengajar mengenal pasti setiap ketua kumpulan yang dilantik. b. Tenaga pengajar kemudiannya memberikan 1 topik perbincangan kepada setiap kumpulan (kedai). Topik perbincangan adalah mengenai cabaran yang dihadapi oleh anggota dan pegawai polis dalam menjalankan tugas dan mendapatkan haknya: i. ii. iii. iv. v. Fasiliti dan kemudahan tempat kerja Keselamatan dan kesihatan Hal Ehwal Kebajikan Kemahiran dan Pengetahuan Perjawatan c. Kesemua peserta yang berada dalam kedai tersebut akan memberikan input mengenai cabaran dan cadangan, dan kesemua input tersebut akan dicatatkan oleh ketua di atas sekeping kertas mahjong. d. Perbincangan ini mempunyai 5 pusingan (mengikut jumlah topik). Hanya 3 minit sahaja diberikan untuk setiap pusingan. Selepas tamat 3 minit, tenaga pengajar akan membunyikan loceng bagi menandakan pusingan tersebut telah tamat dan kesemua ahli kumpulan akan bergerak ke kumpulan (kedai) lain (kecuali ketua) dan memberikan input di kedai tersebut. e. Ketua kumpulan ditugaskan untuk mencatat semua input yang diberikan oleh setiap peserta yang datang dan tidak akan bergerak ke mana-mana. Selepas tamat kesemua pusingan, ketua kumpulan akan membentangkan hasil dapatan daripada input-input yang berikan oleh setiap peserta yang datang ke kedainya. f. Pada akhir sesi ini, tenaga pengajar membuat rumusan mengenai cabaran yang dihadapi oleh anggota dan pegawai polis dalam menjalankan tugas serta cadangan ke arah penambahbaikan Polis DiRaja Malaysia agar selari dengan standard hak asasi manusia. Aktiviti 2: Pengalaman hak asasi manusia Tujuan: i. Meningkatkan kesedaran peserta tentang hak mereka sendiri dan memperkasakan hak asasi manusia ii. Menimbulkan perasaan bahawa pasukan polis adalah sebahagian daripada sistem hak asasi manusia dan bukannya lawan iii. Melatih peserta untuk berfikir dalam konteks hak asasi manusia apabila menghadapi situasi dalam kehidupan mereka. Bahan: Kertas mahjong, pen marker dan soalan perbincangan. Tempoh masa: 45 Minit 37 

Select target paragraph3