MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
Hak ekonomi, sosial dan budaya - adalah hak asasi manusia berkaitan asas sosial dan
ekonomi yang diperlukan untuk individu menjalani kehidupan bermaruah dan bebas,
antaranya adalah hak pekerjaan, jaminan sosial, kesihatan, pendidikan, makanan, air,
perumahan, persekitaran yang sihat, dan budaya. Pada tahun 1966, PBB telah mengkodifikasi
hak ini dalam bentuk triti yang mengikat negara yang meratifikasinya dikenali Kovenan
Antarabangsa berkaitan Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya (ICESCR).
Hak mutlak - hak yang secara teorinya tidak boleh disekat atau dikompromikan. Dalam
konvensyen hak asasi manusia, hak tertentu dianggap sangat penting sehingga tidak boleh
dikompromi antaranya hak untuk hidup, hak untuk bebas dari penyeksaan dan layanan
atau hukuman yang tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah dan hak
untuk bebas dari perhambaan. Hak-hak ini juga dikenal sebagai norma undang-undang
antarabangsa atau jus cogens.
Hak Sivil dan Politik – hak asasi manusia yang melindungi kebebasan individu dari
pelanggaran oleh negara, organisasi atau individu lain bagi menjamin kemampuan
seseorang untuk menyertai dalam kehidupan sivil dan politik masyarakat serta negara tanpa
diskriminasi atau penindasan. Antaranya adalah perlindungan daripada perhambaan, hak
untuk memilih kerajaan, hak untuk perbicaraan yang adil, hak untuk berfikir dan bersuara, hak
privasi, dan akses kepada perkhidmatan awam. Pada tahun 1966, PBB telah mengkodifikasi
hak ini dalam bentuk triti yang mengikat negara yang meratifikasinya dikenali Kovenan
Antarabangsa berkaitan Hak Sivil dan Politik (ICCPR).
Hak terbatas – hak asasi yang boleh disekat atau dikompromi mengikut undang-undang
apabila diperlukan semata-mata untuk melindungi keselamatan negara, ketenteraman
awam, kesihatan awam atau moral atau hak dan kebebasan orang lain. Antaranya adalah
kebebasan bergerak, bersuara, berhimpun, menubuhkan kesatuan dan sebagainya.
Imuniti – konsep undang-undang yang dinyatakan dalam hubungan kontrak atau
perundangan antara dua pihak di mana seseorang atau pihak atau negara yang
mempunyai imuniti tidak boleh diambil tindakan perundangan ke atasnya oleh pihak
berkuasa tempatan sesuatu negara selagimana kontrak atau undang-undang tersebut
berkuatkuasa.
Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRI) – Institusi kebangsaan yang ditubuhkan oleh
negara untuk mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di dalam negara tersebut.
Walaupun ditubuhkan oleh kerajaan, namun NHRI berperanan sebagai institusi bebas
yang memantau pelaksanaan tanggungjawab oleh kerajaan dan agensi-agensinya. NHRI
ditubuhkan selari dengan Prinsip Paris yang menjadi kayu ukur kepada kebebasan dan
integriti NHRI.
Instrumen hak asasi manusia - apa-apa dokumen bertulis rasmi dari sebuah negara atau
beberapa buah negara yang menetapkan hak-hak tertentu sebagai prinsip yang tidak
mengikat (perisytiharan) atau mengkodifikasi hak-hak tertentu yang secara perundangan
mengikat negara-negara yang meratifikasikannya (triti, kovenan, atau konvensyen) sama
ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
172
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents