MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA 5.34 Bagi dakwaan serius termasuk penyeksaan, aduan hendaklah disiasat oleh sebuah entiti bebas. Kerajaan patut menubuhkan mekanisme luar bagi siasatan dan aduan yang tidak terikat secara kewangan dan pengendalian dengan perkhidmatan penguatkuasa undang-undang dan pendakwaan atau mana-mana agensi yang bertanggungjawab ke atas orang yang dilucutkan kebebasannya itu. Untuk menjadi berkesan dan bebas, mekanisme sedemikian patut mempunyai kuasa siasatan yang cukup, sokongan politik, sumber manusia dan kewangan, dan kompeten untuk mengemukakan cadangan dan menguruskan tindakan susulan. 5.35 Semua aduan hendaklah dilindungi daripada sebarang tindak balas dan kesan buruk yang disebabkan oleh aduan yang dibuat. Tebus Rugi (Redress) dan Reparasi 5.36 Menebus rugi mangsa penyeksaan atau layanan buruk lain ialah hak asasi manusia yang menggalakkan kebertanggungjawapan dan pengembalian maruah. Tebus rugi memberikan isyarat tentangan yang kuat terhadap perlanggaran kewajipan yang wujud dan mesti merangkumi gabungan restitusi, pampasan, pemulihan, penyelesaian dan jaminan untuk tidak mengulang lagi. Remedi hendaklah berpatutan dengan kemudaratan yang diakibatkan. 5.37 Akses kepada remedi bagi penyeksaan atau layanan buruk yang lain tidak boleh dikenakan syarat pengecaman, siasatan atau pendakwaan pelaku; itu hanya perlu untuk menunjukkan bahawa ada kejadian sedemikian yang berlaku. 5.38 Menyingkirkan keterangan yang diperoleh melalui penyeksaan atau layanan buruk yang lain merupakan hak orang yang ditemubual dan merupakan remedi yang berkesan terhadap salahlaku penemubual. Prinsip 6 – Pelaksanaan temubual yang berkesan memerlukan langkahlangkah kerajaan yang ketat. -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Huraian 6.1 Bagi melaksanakan Prinsip-prinsip ini, Kerajaan perlu mengadaptasi dan membangunkan kerangka yang wajar dalam aspek undang-undang, dasar, kawalselia dan institusi dan juga memastikan pengawasan kehakiman terhadap pihak berkuasa temubual. Ini akan memerlukan usaha yang berterusan dan penyelarasan oleh pihak yang relevan di peringkat domestik. 6.2 Dengan melaksanakan langkah-langkah kebangsaan yang kukuh, pihak berkuasa menunjukkan keazaman dan komitmen jangka panjang untuk: a. Membanteras penganiayaan melalui proses temubual dan memastikan piawaian hak asasi manusia antarabangsa dipatuhi b. Menyediakan latihan temubual yang sesuai dan mencukupi untuk semua pihak berkuasa yang relevan 156 

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents