MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
(e) Mensyaratkan amaran perlu diberikan semasa senjata api hendak ditembak, jika
sesuai;
(f) Mensyaratkan sistem pelaporan setiap kali pegawai penguatkuasa undang-undang
menggunakan senjata api semasa menjalankan tugas.
Mengawal perhimpunan yang tidak sah
12. Oleh kerana setiap orang dibenarkan untuk menyertai perhimpunan yang sah dan
aman, selaras dengan prinsip yang termaktub dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia
Sejagat dan Kovenan Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik, Kerajaan dan agensi
serta pegawai penguatkuasaan undang-undang hendaklah memperakui bahawa
kekerasan dan senjata api hanya boleh digunakan selaras dengan prinsip 13 dan 14.
13. Dalam penyuraian perhimpunan yang tidak sah tetapi tidak ganas, pegawai
penguatkuasa undang-undang hendaklah mengelakkan penggunaan kekerasan
atau, jika tidak dapat dilaksanakan, hendaklah mengehadkan kekerasan sehingga
pada tahap minima yang diperlukan.
14. Dalam penyuraian perhimpunan yang bertukar ganas, pegawai penguatkuasa undangundang boleh menggunakan senjata api hanya apabila alat yang kurang berbahaya
tidak praktikal digunakan dan hanya pada tahap minima yang diperlukan. Pegawai
penguatkuasa tidak boleh menggunakan senjata api dalam kes sedemikian, kecuali
mengikut syarat yang ditetapkan dalam prinsip 9.
Mengawasi orang yang berada dalam jagaan atau penahanan
15. Pegawai penguatkuasa undang-undang, dalam hubungan mereka dengan orang
dalam jagaan atau penahanan, hendaklah tidak menggunakan kekerasan, kecuali
jika sangat diperlukan untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman dalam institusi,
atau ketika keselamatan diri diancam.
16. Pegawai penguatkuasa undang-undang, dalam hubungan mereka dengan orang
dalam jagaan atau penahanan, hendaklah tidak menggunakan senjata api, kecuali
untuk mempertahankan diri atau untuk mempertahankan orang lain daripada ancaman
bunuh atau kecederaan serius, atau apabila perlu untuk mengelakkan seseorang
dalam jagaan atau penahanan yang berbahaya sebagaimana dirujuk bawah prinsip
9 daripada melarikan diri.
17. Prinsip-prinsip sebelumnya adalah tanpa prejudis kepada tugas dan tanggungjawab
pegawai penjara, seperti yang ditetapkan dalam Peraturan Piawaian Minima untuk
Layanan Terhadap Tahanan, terutamanya peraturan 33, 34 dan 54.
Kelayakan, latihan dan kaunseling
18. Kerajaan dan agensi penguatkuasaan undang-undang hendaklah memastikan
bahawa semua pegawai penguatkuasa undang-undang dipilih melalui prosedur
tapisan yang sesuai, memiliki kualiti moral, psikologi dan fizikal yang sewajarnya untuk
melaksanakan fungsi mereka secara berkesan dan menerima latihan profesional yang
berterusan dan menyeluruh. Tahap kecergasan berterusan untuk melaksanakan fungsifungsi ini harus dinilai secara berkala.
122
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents