BAB 1
Meskipun KPM tidak menjadikan modul tersebut sebagai wajib, namun SUHAKAM amat
berbesar hati mendapat makluman bahawa beberapa sekolah telah menjalankan
aktiviti tersebut kepada murid-murid mereka pada tahun ini, antaranya termasuklah SMK
Sentul, SMK Gombak Setia dan SMK Taman Seri Kluang. SUHAKAM juga mengedarkan
modul tersebut dalam bentuk cakera padat kepada semua sekolah ATHAM untuk
menggalakkan mereka mengguna pakai modul tersebut.
Sesi TOT Modul Hak Asasi Manusia Pasca-UPSR/PT3 Zon Selatan
pada 3-5 Julai di Port Dickson, Negeri Sembilan
Langkah seterusnya, SUHAKAM bercadang untuk menerbitkan dan mengedarkan
modul tersebut dalam bentuk salinan bercetak kepada semua sekolah ATHAM;
memperkembang bengkel TOT kepada sekolah ATHAM dan bukan ATHAM yang lain;
membangunkan satu mekanisme untuk memantau pelaksanaan aktiviti di sekolah
dalam dua tahun akan datang, bagi memastikan objektif memperkenalkan modul
tersebut berjaya dicapai.
2. Program Kesedaran tentang Hak Kanak-kanak terhadap Keselamatan
Susulan maklum balas baik yang diterima daripada 12 Maktab Rendah Sains MARA
(MRSM) tentang Program Kesedaran Hak Kanak-kanak terhadap Keselamatan tahun
lalu, SUHAKAM menganjurkan program yang serupa kepada 10 MRSM yang lain pada
tahun ini yang melibatkan 5000 orang pelajar serta program susulan di beberapa
buah MRSM yang telah dilawati pada tahun lalu. Pada tahun ini, program tersebut
dilaksanakan di MRSM yang berikut:
LAPORAN TAHUNAN
SUHAKAM 2018
23