Pendidikan, Promosi dan Publisiti PENDIDIKAN DAN LATIHAN GAMBARAN KESELURUHAN Matlamat utama pendidikan hak asasi manusia adalah untuk memperkasakan masyarakat dengan pengetahuan berkenaan dengan hak asasi manusia bagi memastikan hak asasi semua manusia dilindungi, dihormati dan dipenuhi. Menyedari akan kepentingan pendidikan hak asasi manusia, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) melalui Bahagian Pendidikan dan Latihan telah mengendalikan beberapa program pendidikan dan latihan hak asasi manusia. SUHAKAM bekerjasama dengan organisasi tempatan dan antarabangsa seperti Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (UNESCO) bagi menganjurkan beberapa program pada tahun ini. SUHAKAM juga memperluas kumpulan sasarannya melibatkan Jabatan Imigresen, Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK),ahli parlimen dan entiti perniagaan. Pada tahun 2018, Universiti Utara Malaysia menandatangani Memorandum Persefahaman dengan SUHAKAM bagi menjalankan beberapa program hak asasi manusia dan pendidikan secara bersama. Bagi merealisasikan visi SUHAKAM agar pendidikan hak asasi manusia diajar di sekolah menjelang tahun 2020, SUHAKAM menganjurkan beberapa mesyuarat strategik bersama Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik pada 11 Disember, Timbalan Menteri Pendidikan, YB Teo Nie Ching pada 22 Oktober dan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan, Datuk Dr. Amin bin Senin pada 25 Jun. SUHAKAM menerangkan tentang program Amalan Terbaik Hak Asasi

Select target paragraph3