Walau bagaimanapun, apabila tahun 2018 menutup tirainya dan keterujaan rakyat
kian reda, semakin jelas bahawa kerajaan baharu mula mempertimbangkan semula
pelbagai komitmennya terhadap rakyat Malaysia.
Walaupun telah berjanji untuk memastikan rekod hak asasi manusia Malaysia dihormati
di seluruh dunia, Kerajaan berulang-ulang kali berundur daripada komitmen asas
pilihanraya yang menjanjikan bahawa kesemua mekanisme yang membataskan hak
asasi manusia di Malaysia akan dimansuhkan untuk selamanya. Detik inilah merupakan
peluang terbaik untuk menyertai enam lagi triti hak asasi antarabangsa, namun bagi
perkara yang boleh dikatakan paling mudah juga, kata sepakat tidak dapat tercapai
berhubung isu berkaitan, contohnya penderaan dan penghapusan diskriminasi kaum.
Keadaan dalam tahanan tidak boleh dijadikan hukuman tambahan dan saya berasa
kesal dengan keadaan di beberapa penjara dan pusat tahanan yang melanggar
piawaian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Masih terdapat sistem penjara yang
menggunakan sistem bekas najis, sistem tandas yang digunakan pada tahun 1950-an,
yang amat teruk di Malaysia. SUHAKAM mendapati bahawa penjara tidak mempunyai
kemudahan pemulihan yang berkesan bagi memastikan apabila tahanan dibebaskan,
mereka lebih bersedia menjadi individu yang mematuhi undang-undang dan dapat
menyumbang kepada masyarakat.
Kematian dalam tahanan merupakan perkara yang amat dipandang serius oleh
SUHAKAM dan kami akan terus memantau penjara dan pusat-pusat tahanan
dengan sebaik mungkin. Pada pandangan kami, Malaysia masih tidak mempunyai
perlindungan undang-undang yang mencukupi terhadap penyeksaan dan tindakan
Kerajaan bagi mengurangkan dan mencegah perbuatan penyeksaan di sebalik
dinding tahanan adalah minimum. Kebanyakan perlindungan terhadap perlakuan
buruk dan penyeksaan tahanan terdapat dalam rangka Perjanjian Kovenan
Antarabangsa mengenai Hak-hak Sivil dan Politik (ICCPR) yang telah diberikan
komitmen oleh kerajaan. Penyertaan kepada Konvensyen Menentang Penyeksaan dan
Layanan atau Hukuman Lain yang Zalim, Tidak Berperikemanusiaan, atau Menjatuhkan
Maruah (UNCAT) merupakan harapan SUHAKAM sejak sekian lama juga merupakan
satu daripada komitmen yang dijanjikan oleh kerajaan dan dengan penyertaan
konvensyen ini, diharapkan dapat menamatkan penyeksaan terhadap tahanan serta
membuka ruang penambahbaikan.
Hak asasi manusia di Malaysia dan SUHAKAM menerima tamparan besar dengan
tindakan kerajaan untuk mengundurkan diri daripada menyertai sambutan Hari
Hak Asasi Manusia Sedunia yang telah disalah ertikan sebagai perhimpunan balas
viii
LAPORAN TAHUNAN
SUHAKAM 2018