PENERBITAN DAN PENGURUSAN DOKUMEN BAB 1 Bahagian Penerbitan dan Pengurusan Dokumen ditubuhkan pada tahun 2018. Bahagian ini mengandungi tiga unit, iaitu Penerbitan, Perpustakaan dan Pengurusan Dokumen. Objektif penubuhannya adalah untuk mempromosi, memperkasakan dan memajukan minda masyarakat serta menyebarluaskan maklumat tentang hak asasi manusia melalui bahan bercetak atau elektronik dalam pelbagai bidang dan tema. 1. Pertandingan Video Pendek Pada tahun ini, SUHAKAM menganjurkan satu Pertandingan Video Pendek bagi mendapatkan pandangan umum tentang pemahaman mereka berkenaan dengan hak asasi manusia. Pertandingan ini dibuka penyertaannya kepada orang ramai mulai 15 Ogos hingga 15 Oktober 2018. Dengan tema “Hak asasi manusia dalam konteks masyarakat Malaysia”, Unit Penerbitan telah menerima 117 penyertaan. Pemarkahan dan penilaian berdasarkan kandungan, plot, kreativiti dan aspek teknikal. Video pemenang telah dipamerkan di Festival Hak Asasi Manusia SUHAKAM pada 9 Disember 2018. Bil. Senarai Nama Pemenang Tajuk Tema Juara • • • • • • • • Yuvan Raj Ganesan Mathan Amuthan Selvam Nanthakumaran Rajavijayan Deena Pravinah a/p Nagaratnam Dineshwaran Bole Ar Seng Mohanakumaran a/l Rajavijayan Kabilan a/l Shunmuganathan Jaygentaran Raj a/l Mahagentharan Roda (Wheels) Orang Kurang Upaya (OKU) Tempat Kedua • • • • • • • Albert Wong Tuong Chui Belinda Yii Sii Yung Joan Sim Jo Jo Dr. Ting Chuong Hock Emilia Ting Ing Chieh Yong Wan Rong Lau Buong Yan Bolehkah anda memberikan kasih sayang kepada kami? (Can you give us more love?) Orang Kurang Upaya (OKU) Tempat Ketiga • • • • Muhammad Zaim Aiman Bin Kamaruddin Izz Danial Bin Muhammad Hisham Dennis Vissa a/l Eh Run Muhammad Alif Ikhwan Bin Mohd Nawi Peluang (Chance) Pendidikan LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2018 49

Select target paragraph3