BAB 1 Walaupun 66 peratus daripada responden memahami bahawa SUHAKAM memberi perhatian terhadap semua isu yang berkaitan dengan hak asasi manusia, 30 peratus menganggap SUHAKAM memberi perhatian terhadap isu salah laku agensi kerajaan. Hal ini seolah-olah mencadangkan bahawa sesetengah belia cenderung melihat SUHAKAM sebagai mekanisme menangani ketidakpuasan hati yang mengendalikan aduan dan salah laku pegawai kerajaan. Suruhanjaya berasa gembira terhadap penilaian keseluruhan daripada peserta yang menghadiri program “Youth for Rights” yang sangat menggalakkan. Peserta juga turut memberi pelbagai cadangan membina dalam meningkatkan penyampaian program. LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2018 47

Select target paragraph3