v. 66 peratus daripada responden memahami bahawa SUHAKAM memberi perhatian terhadap semua isu yang berkaitan dengan hak asasi manusia di negara ini berbanding dengan 31 peratus yang menganggap SUHAKAM memberi perhatian terhadap isu yang berkaitan dengan isu salah laku agensi kerajaan. Baki 3 peratus menganggap SUHAKAM memberi perhatian terhadap isu kepentingan parti politik. vi. Sementara 57 peratus daripada responden berpendapat bahawa SUHAKAM telah memenuhi tanggungjawab setakat mana yang mampu, 20 peratus responden berpendapat bahawa SUHAKAM tidak melakukan peranannya dengan cukup baik kerana kuasanya terbatas. Baki 23 peratus berpendapat SUHAKAM tidak melakukan cukup baik kerana kurang tindakan susulan daripada pihak kerajaan. Program “Youth for Rights” yang diadakan di Selangor pada 31 Mac Walaupun kebanyakan golongan belia berpendapat bahawa hak asasi manusia melindungi semua orang termasuk tahanan dan banduan, 17 peratus percaya bahawa hak asasi manusia melindungi kumpulan tertentu, iaitu ahli politik dan hanya 4 peratus responden yang menyatakan perlindungan hak asasi manusia kepada golongan rentan seperti kanak-kanak dan wanita serta orang kurang upaya. Sebagai perbandingan, peratusan responden SUHAKAM Bersama Masyarakat yang berpendapat bahawa hak asasi manusia melindungi ahli politik adalah rendah. Serupa dengan hasil kajian program SUHAKAM Bersama Masyarakat, terdapat perbezaan marginal antara peratusan responden yang salah anggap bahawa SUHAKAM sebagai sebuah NGO hak asasi manusia dan peratusan responden yang memahami bahawa SUHAKAM ialah badan berkanun yang mempromosi dan melindungi hak asasi manusia. 46 LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2018

Select target paragraph3