3. Pemerkasaan Belia
BAB 1
SUHAKAM terus mendidik dan memperkasakan belia dalam prinsip hak asasi manusia
melalui program “Youth for Rights” yang diadakan di pelbagai universiti tempatan.
Sepanjang tahun ini, Suruhanjaya telah mengadakan tujuh bengkel dengan jumlah
penyertaan seramai 1,535 belia yang terdiri daripada pelbagai universiti tempatan
dan kumpulan belia seperti berikut:
a) Universiti Selangor (UNISEL) dan Ahli Parlimen Belia Malaysia, Shah Alam, Selangor,
31 Mac.
b) Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kuala Lumpur, 2 Mei.
c) Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar, Perak, 27 Jun.
d) INTI International University & Colleges, Nilai, Negeri Sembilan, 26 September.
e) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Nerus, Terengganu, 3 Oktober.
f) Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, 12 November.
g) Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang, Pahang, 28 November.
Sebagaimana tahun sebelumnya, SUHAKAM terus menjalankan kaji selidik persepsi
golongan belia untuk mengukur pemahaman mereka tentang hak asasi manusia serta
tugas dan fungsi Suruhanjaya. Berikut ialah maklum balas yang diterima daripada 552
responden belia:
i.
Hampir semua, iaitu 95 peratus daripada responden berpendapat bahawa hak
asasi manusia ialah hak asas dan kebebasan yang dimiliki manusia sejak lahir,
manakala 4 peratus hak asasi manusia dianggap hak asasi bagi kumpulan tertentu.
Baki 1 peratus dilihat hak asasi manusia sebagai nilai-nilai asing atau ideologi Barat.
ii. Majoriti besar, iaitu 79 peratus responden percaya bahawa hak asasi manusia
melindungi semua orang termasuk tahanan dan banduan, sementara 17 peratus
berpendapat hak asasi manusia melindungi ahli politik. Baki lagi 2 peratus
berpendapat bahawa hak asasi manusia melindungi kanak-kanak dan wanita
dan 2 peratus berpendapat perlindungan hak asasi manusia terhad kepada
Orang Kurang Upaya.
iii. Hampir separuh, iaitu 66 peratus daripada responden menyatakan bahawa
mereka mengambil berat tentang hak asasi manusia, manakala 33 peratus dalam
tahap tertentu mereka mengambil berat tentang hak asasi manusia. Baki 1 peratus
tidak mengambil berat tentang hak asasi manusia.
iv. 44.4 peratus daripada responden memahami bahawa SUHAKAM ialah badan
berkanun bebas yang mempromosi dan melindungi hak asasi manusia berbanding
dengan 42.4 peratus berpendapat bahawa SUHAKAM merupakan sebuah NGO
yang memperjuang hak asasi manusia. Baki 13.2 peratus berpendapat bahawa
SUHAKAM ialah sebuah jabatan kerajaan.
LAPORAN TAHUNAN
SUHAKAM 2018
45