BAB 1
iii. Kebebasan bersuara
Kebangkitan ucapan kebencian kaum dan agama dan berita palsu dalam media
sosial merupakan kebimbangan utama bagi beberapa peserta. Mereka meminta
SUHAKAM dan pihak berkepentingan utama lain untuk memainkan peranan masingmasing bagi menangani masalah tersebut.
iv. Pekerjaan
Seorang peserta meminta SUHAKAM untuk melihat penamatan seramai 1,200 penjawat
awam daripada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di bawah kerajaan baharu.
v. Kebebasan beragama
Terdapat pertanyaan yang berulang tentang hak kebebasan beragama dalam
konteks Malaysia dan peranan SUHAKAM dalam hal ini. Sesetengah peserta melihat
Artikel 18 UDHR yang menyatakan hak individu untuk kebebasan berfikir, hati nurani dan
agama sebagai ancaman kepada ajaran Islam di Malaysia. Begitu juga, mereka juga
melihat meratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk
Diskriminasi Kaum (ICERD) sebagai ancaman kepada masyarakat Islam di Malaysia.
Kaji selidik persepsi
SUHAKAM terus menjalankan kajian persepsi dengan para peserta setiap sesi untuk
menilai pemahaman mereka terhadap hak asasi manusia dan tugas SUHAKAM secara
umum.
Berdasarkan maklum balas yang diterima daripada 1,001 responden, berikut adalah
hasil yang diperoleh:
i.
87 peratus daripada responden berpendapat bahawa hak asasi manusia
merupakan hak asas dan kebebasan yang dimiliki manusia sejak lahir, manakala
12 peratus hak asasi manusia dianggap hak asasi bagi kumpulan tertentu. Baki
1 peratus dilihat hak asasi manusia sebagai nilai-nilai asing atau ideologi Barat.
ii. 85 peratus responden percaya bahawa hak asasi manusia melindungi semua
orang termasuk tahanan dan banduan, sementara 10 peratus berpendapat
bahawa hak asasi manusia hanya melindungi kanak-kanak dan wanita. Sebanyak
4 peratus daripada responden berpendapat perlindungan hak asasi manusia
terhad kepada Orang Kurang Upaya dan 1 peratus hanya terhad kepada ahli
politik.
iii. 74 peratus daripada responden menyatakan bahawa mereka mengambil berat
tentang hak asasi manusia, manakala 25 peratus menjawab bahawa dalam tahap
tertentu mereka mengambil berat tentang hak asasi manusia dan 1 peratus tidak
mengambil berat tentang hak asasi manusia.
LAPORAN TAHUNAN
SUHAKAM 2018
41