BAB 1 Rakan kempen berasa gembira dengan jaminan yang telah diberikan oleh AICHR Malaysia bahawa mereka akan membawa memorandum tersebut kepada Menteri Luar Negeri dan berbincang dengan Menteri tentang cadangan untuk menjadi tuan rumah Dialog Peringkat Tinggi antara Kementerian untuk mengenal pasti harapan masa depan untuk Malaysia meratifikasi UNCAT dalam tempoh tertentu. c) Penilaian Penggalan Sejagat Ketiga Malaysia Di samping Penilaian Penggalan Sejagat Ketiga Malaysia (UPR) yang berlangsung pada 8 November di Geneva, Switzerland, delegasi SUHAKAM turut mengadakan mesyuarat berasingan dengan Association for the Prevention of Torture (APT) dan Convention Against Torture Initiative (CTI) pada 7 dan 8 November. Mesyuarat ini bertujuan memperkukuh kerjasama dengan rakan-rakan antarabangsa ke arah menyokong Malaysia meratifikasi UNCAT serta meningkatkan bidang tugas dalam mencegah tindakan penyeksaan di tempat-tempat tahanan. SUHAKAM berasa gembira untuk menyatakan bahawa dalam UPR Ketiga Malaysia, terdapat 15 syor khusus dalam meratifikasi Malaysia kepada UNCAT dan enam syor menyeru antara lain, penghapusan penyeksaan dan segala bentuk tindakan penyeksaan dan tidak berperikemanusiaan atau hukuman yang zalim termasuk hukuman mati dalam kedua-dua sistem perundangan sivil dan syariah. SUHAKAM berharap bahawa kerajaan akan memberi maklum balas positif terhadap syor-syor ini dengan tujuan untuk menghalang, dan akhirnya menghapuskan sebarang bentuk penyeksaan dan hukaman yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah di Malaysia. 2. Penyertaan Awam Dan Kemasyarakatan a) Program SUHAKAM Bersama Masyarakat SUHAKAM terus meningkatkan kesedaran orang ramai tentang hak asasi manusia melalui program SUHAKAM Bersama Masyarakat di pelbagai tempat di negara ini. Sepanjang tahun ini, SUHAKAM telah mengadakan lima siri yang diadakan di Wilayah Persekutuan dan tiga negeri berlainan dengan jumlah penyertaan seramai 1,848 orang telah mengambil bahagian. Butiran sesi adalah seperti yang berikut: i. PPR Beringin Kepong, Kuala Lumpur (25 Mac) ii. PPR Pantai Dalam, Kuala Lumpur (29 Mac) iii. Kuala Kangsar, Perak (24 Julai) iv. Hulu Terengganu, Terengganu (4 Oktober) v. Langkawi, Kedah (22 November) LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2018 39

Select target paragraph3