BAB 1 Bengkel mengenai UNCAT bersama Komuniti Islam Malaysia pada 2 Julai 2018 b) Memorandum yang dikemukakan kepada Wakil Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN mengenai Hak Asasi Manusia dan Kementerian Luar Negeri Malaysia Menyedari akan peranan penting yang dimainkan oleh Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN mengenai Wakil Hak Asasi Manusia untuk Malaysia (AICHR Malaysia) dan Kementerian Luar Negeri Malaysia (KLN) dalam wacana hak asasi manusia di Malaysia dan rantau ASEAN, SUHAKAM dan Rakan Kempen ACT4CAT, iaitu Majlis Peguam, Amnesty International Malaysia (AIM), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan Lawyers for Liberty telah menyerahkan memorandum kepada Wakil Malaysia ke AICHR Encik Edmund Bon Tai Soon dan wakil KLN pada 25 Jun menjelang Hari Antarabangsa Menyokong Mangsa Penyeksaan. Rakan Kempen ACT4CAT menggesa AICHR Malaysia dan KLN melaksanakan perkara-perkara yang berikut: i. Sokongan terbuka ke arah meratifikasi UNCAT; ii. Menyokong dan memudah cara dialog antara Kerajaan Malaysia dan penandatangan UNCAT yang lain di rantau ASEAN dan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu; iii. Mengundang dan mengalu-alukan pelapor khas dan pakar-pakar hak asasi manusia antarabangsa ke Malaysia; dan iv. Menetapkan ratifikasi UNCAT sebagai salah satu matlamat jangka panjang AICHR Malaysia. LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2018 37

Select target paragraph3