vi. Perlu ada perbincangan yang konstruktif dalam kalangan masyarakat Malaysia
berhubung dengan penyertaan Malaysia dalam UNCAT walaupun pandangan
mereka yang berbeza berkaitan dengan integrasi nilai sejagat ke dalam konteks
domestik. Adalah penting bagi rakyat Malaysia untuk memahami bahawa
tujuan UNCAT bukanlah untuk mengenakan satu lagi nilai dan budaya dengan
tujuan untuk melemahkan kepercayaan dan nilai keagamaan yang sedia ada
di Malaysia.
vii. “Pencegahan” merupakan elemen utama di bawah UNCAT yang bertujuan untuk
melarang penyeksaan dan layanan buruk dan mempertahankan akauntabiliti
Negara Ahli dalam melaksanakan langkah-langkah berkesan seperti yang
digariskan dalam konvensyen.
viii. Setiap Negara Ahli dibenarkan membuat pengisytiharan dan reservasi terhadap
beberapa artikel dalam UNCAT. Walau bagaimanapun, perkara ini perlu dibuat
berdasarkan justifikasi yang kukuh supaya tidak menjejaskan objektif konvensyen
tersebut.
ix. Pelaksanaan hukuman sebat di sekolah bercanggah dengan Artikel 16 UNCAT
yang menetapkan tanggungjawab Negara Ahli untuk membangunkan intervensi
bagi mencegah penyeksaan, hukuman lain yang zalim, tidak berperikemanusiaan
atau menjatuhkan maruah. Terdapat keperluan bagi para pendidik untuk mengkaji
semula kaedah tatatertib mereka dengan tujuan untuk menghormati maruah
manusia kepada semua kanak-kanak ke arah mencapai matlamat pendidikan.
x. Hak asasi manusia perlu diajar kepada kanak-kanak sekolah seperti yang
dilaksanakan di Indonesia melalui program sekolah bertajuk “Komuniti Pelajar Hak
Asasi Manusia” untuk menangani masalah buli dan juga melalui pengenalan mata
pelajaran dalam menghormati hak rakyat dalam kurikulum sekolah
xi. Tujuan sistem keadilan harus lebih fokus kepada pemulihan dan pengintegrasian
bekas pesalah kembali ke dalam masyarakat sebagai warganegara yang baik
dan bukannya hukuman.
xii. Amalan rasuah termasuk dalam sistem penguatkuasaan undang-undang dan
keadilan boleh memberi kesan buruk kepada usaha menghapuskan penyeksaan
dan lain-lain bentuk menjatuhkan maruah seperti yang termaktub dalam resolusi
(A / HRC / 37 / L.32) yang diterima pakai oleh Majlis Hak Asasi Manusia pada 23
Mac 2018.
xiii. Meratifikasi UNCAT juga boleh membawa keyakinan bersama antara negara
anggota PBB dalam konteks kerjasama antarabangsa yang berkaitan dengan
pendakwaan dan/atau ekstradisi individu yang didakwa melakukan perbuatan
penyeksaan.
xiv. Pelaksanaan UNCAT adalah satu proses yang penting dan SUHAKAM perlu
menggalakkan persefahaman antara agensi-agensi penguatkuasaan undangundang seperti PDRM.
36
LAPORAN TAHUNAN
SUHAKAM 2018