BAB 1 Semasa ceramah, pelajar disoal tentang hak asasi manusia dan SUHAKAM. Kaji selidik spontan menunjukkan kurang daripada lima peratus daripada mereka mempunyai pengetahuan asas berkenaan hak asasi manusia. Hal ini mungkin kerana rumah dan sekolah mereka berada di kawasan luar bandar. Walau bagaimanapun, program tersebut berjaya memberikan pencerahan kepada pelajar berkenaan hak asasi manusia dan hak kanak-kanak. 13. Undangan untuk Menyampaikan Ceramah dan Latihan Hak Asasi Manusia Pada tahun 2018, SUHAKAM telah menerima beberapa undangan daripada agensi kerajaan dan organisasi lain untuk menyampaikan ceramah dan mengendalikan bengkel latihan berkenaan topik hak asasi manusia secara spesifik dan umum, sebagaimana yang berikut: Bil. Topik Tarikh Tempat Penganjur 1. Ceramah Hak Asasi Manusia kepada Pegawai PDRM 29 Januari Maktab Latihan PDRM, Cheras, Kuala Lumpur Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2. Ceramah “Hak Asasi Manusia dalam Perlembagaan Persekutuan” kepada Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik 5 Februari INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) 3. Ceramah Hak Asasi Manusia kepada “Ijtimak Pentadbir-Pentadbir Maahad Tahfiz dan Pondok Negeri Pahang 2018” 13 Februari Raub, Pahang Jabatan Agama Islam Negeri Pahang 4. Ceramah “Kematian dalam Tahanan: Perspektif Hak Asasi Manusia” kepada Pegawai Penjara 20 Mac Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi, Kedah Jabatan Penjara 5. Latihan Hak Asasi Manusia kepada Pegawai Penjara 24 Mac Maktab Penjara Jabatan Malaysia, Kajang, Penjara Selangor 6. Latihan Hak Asasi Manusia kepada RELASIS UNiMAP 21 April UNiMAP Perlis 7. Latihan Hak Asasi Manusia kepada Pegawai Penjara 24 April Pusat Latihan Jabatan Pegawai Penjara, Penjara Taiping, Perak 8. Ceramah “Hak Asasi Manusia dalam Perlembagaan Persekutuan” kepada Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik 30 April INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS) INTAN LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2018 33

Select target paragraph3