11. Bengkel Hak Asasi Manusia kepada Pentadbir Sekolah Tahfiz/Agama di Kuala Lumpur Beberapa insiden telah dilaporkan berlaku di sekolah tahfiz atau sekolah agama di dalam negara, termasuk kematian 21 orang pelajar dalam kebakaran pada tahun 2017. Daripada peristiwa ini mendorong SUHAKAM untuk menganjurkan satu program kepada pentadbir sekolah tahfiz/agama untuk memberi pendidikan berkenaan hak kanak-kanak terhadap pendidikan dan keselamatan. Dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, SUHAKAM berjaya menganjurkan bengkel hak asasi manusia kepada seramai 38 pentadbir sekolah tahfiz di Kuala Lumpur pada 3 - 4 Disember. Selain memberikan pendidikan kepada peserta berkenaan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC), bengkel tersebut juga memberikan penerangan kepada peserta berkenaan keperluan keselamatan bangunan mereka. Sesi tersebut dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur. Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga memberi pendidikan kepada peserta berkenaan aspek kesihatan di sekolah berasrama. Bengkel tersebut mendapat sambutan yang sangat baik. Jabatan Agama mencadangkan agar bengkel ini dapat dianjurkan pada tahun hadapan kepada sekolah tahfiz yang lain di Wilayah Persekutuan yang tidak dapat menyertai bengkel kali ini. 12. Memorandum Persefahaman MoU dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) SUHAKAM dengan UUM menandatangani MoU pada 16 Januari 2018 untuk meningkatkan, menggalakkan dan membangunkan kerjasama berkaitan hak asasi manusia berkenaan pendidikan, kajian dan khidmat masyarakat. Beberapa program kerjasama telah dirancang bagi tempoh tiga tahun MoU. Pada 25 April, SUHAKAM dan UUM bekerjasama untuk menyampaikan ceramah pengenalan berkaitan hak kanak-kanak, yang memfokuskan kepada isu buli kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra di Kedah. Beberapa aktiviti telah dijalankan dengan dibantu oleh sukarelawan daripada UUM. Meskipun agak mencabar untuk memastikan pelajar (daripada Tingkatan 4 hingga Tingkatan 6) untuk memberikan perhatian sepanjang program, mereka memberikan penyertaan yang sangat memberangsangkan dalam aktiviti dan sesi soal jawab. Pada 26 April 2018, program yang serupa dianjurkan kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ibrahim, Kedah. 32 LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2018

Select target paragraph3