terhadap piawaian antarabangsa berkenaan tahanan dan isu berkaitan pelarian.
Berikut merupakan sesi yang telah dijalankan:
Depot
BAB 1
Bil.
Tarikh
1.
Bukit Jalil (Kuala Lumpur)
11 Oktober
2.
Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
11 Oktober
3.
Semenyih (Selangor)
16 Oktober
4.
Lenggeng (Negeri Sembilan)
16 Oktober
5.
Machap Umboo (Melaka)
24 Oktober
6.
Pekan Nenas (Johor)
25 Oktober
7.
Juru (Penang)
1 November
8.
Langkap (Perak)
8 November
9.
Belantik (Kedah)
21 November
10.
Ajil (Terengganu)
27 November
11.
Tanah Merah (Kelantan)
29 November
10. Program Training of Trainers dan Modul Latihan berkenaan Perniagaan
dan Hak Asasi Manusia kepada Pegawai Felda Global Ventures
Dalam MoU antara SUHAKAM dengan Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) pada
tahun lalu, SUHAKAM telah menyatakan komitmen untuk membangunkan satu modul
latihan dan mengendalikan sesi Training of Trainers (TOT) berkenaan Perniagaan dan
Hak Asasi Manusia kepada Pegawai Peringkat Operasi FGV.
Modul tersebut dibahagikan kepada tiga seksyen, iaitu “Pengenalan kepada Hak Asasi
Manusia dan SUHAKAM”; “Pengenalan kepada Perniagaan dan Hak Asasi Manusia”;
dan, “Isu-isu Hak Asasi Manusia berkaitan Perniagaan dan Hak Asasi Manusia”. Antara
isu yang dibincangkan termasuklah hak pekerja gaji minimum, kontrak, keselamatan
dan kesihatan, hak untuk terlibat dalam persatuan, kebebasan bersuara, penyimpanan
pasport dan perumahan, gangguan seksual, diskriminasi, pemerdagangan orang dan
buruh paksa, buruh kanak-kanak, alam sekitar, hak Orang Asli/Asal terhadap tanah
adat dan pengusiran paksa serta mekanisme aduan.
Susulan daripada modul latihan tersebut, SUHAKAM mengendalikan bengkel TOT di
Pusat Latihan FGV, Kuala Lumpur, pada 4 - 6 Disember kepada 30 orang pegawai FGV.
Mereka kemudiannya akan mengendalikan sesi latihan satu hari pada tahun 2019
kepada pegawai peringkat operasi di semua ladang FGV.
LAPORAN TAHUNAN
SUHAKAM 2018
31