Peserta diberikan perancangan tentang hak asasi manusia, SUHAKAM, piawaian hak
asasi manusia antarabangsa mengenai layanan terhadap tahanan, hak kepada
kesihatan di tempat tahanan dan isu-isu terkini hak asasi manusia di Malaysia.
Mengambil kira pengesyoran peserta, SUHAKAM bercadang untuk memperluas
bengkel kepada pegawai/kakitangan AADK, termasuk pegawai penguat kuasa,
pegawai yang bertugas bagi rawatan dan pemulihan di institusi serta polis bantuan
di AADK pada tahun akan datang.
Pegawai SUHAKAM sedang mengendalikan bengkel Hak Asasi Manusia
kepada Pengarah-Pengarah AADK
9. Bengkel kepada Pegawai Imigresen Anjuran Bersama Pejabat
Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian
Berdasarkan MoU antara SUHAKAM dengan UNHCR pada tahun lalu, satu bengkel
berkenaan dengan “Pemantauan Tahanan Imigresen kepada Pegawai Kanan
Imigresen” dianjurkan pada 29-30 Januari di Putrajaya. Sesi tersebut bertujuan untuk
membawa perubahan dasar bagi layanan kepada pelarian dan pemohon suaka serta
menambah baik piawaian layanan di pusat tahanan. Program tersebut dihadiri oleh 32
orang pegawai kanan daripada pelbagai bahagian di ibu pejabat Jabatan Imigresen.
Peserta juga dibawa melawat pejabat UNHCR untuk mendapatkan pengetahuan
yang lebih baik berkenaan kerja-kerja yang dilakukan oleh agensi PBB di Malaysia,
terutama sekali dalam pendokumentasian dan penentuan status pelarian.
Beberapa bengkel latihan juga dianjurkan secara bersama antara SUHAKAM dengan
UNHCR kepada pegawai dan kakitangan yang bertugas di 11 depot tahanan imigresen
di Semenanjung Malaysia, yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan mereka
30
LAPORAN TAHUNAN
SUHAKAM 2018