Jenayah” oleh Pesuruhjaya Dato’ Mah Weng Kwai. Caroline Samuel dan Devendiran Paramanantham daripada UNHCR mengendalikan sesi kelima, iaitu “Perlindungan Pelarian: Operasi dan Mandat UNHCR di Malaysia”. Beberapa orang peserta memuji program tersebut dan mencadangkan agar tempoh yang dilanjutkan lebih daripada satu hari serta melibatkan hakim mahkamah rendah di negeri lain. SUHAKAM bercadang untuk menganjurkan bengkel latihan yang serupa di negeri lain pada tahun akan datang. 7. Bengkel Hak Asasi Manusia kepada Pegawai Rekod dan Penolong Pegawai Perubatan di Penjara Pada tahun 2018, SUHAKAM telah menganjurkan empat lagi bengkel hak asasi manusia dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia, dengan memberi fokus kepada “Hak kepada Kesihatan di Penjara dan Pengurusan Rekod Banduan yang Berkesan” sebagaimana di bawah: Bil. Program Tarikh 1. Bengkel Hak Asasi Manusia kepada Pegawai Rekod, Jabatan Penjara Malaysia 7 – 9 Ogos 2. Bengkel Hak Asasi Manusia kepada Penolong Pegawai Perubatan, Jabatan Penjara Malaysia 15 – 16 Ogos 3. Bengkel Hak Asasi Manusia kepada Penolong Pegawai Perubatan, Jabatan Penjara Malaysia 15 – 17 Oktober 4. Bengkel Hak Asasi Manusia kepada Pegawai Rekod, Jabatan Penjara Malaysia 13 – 15 November Tempat Kota Kinabalu, Sabah Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi, Kedah Institut Koreksional Malaysia, Tanjung Kling, Melaka Ipoh, Perak Dua bengkel hak asasi manusia kepada penolong pegawai perubatan merupakan kesinambungan daripada sesi yang serupa kepada pegawai perubatan yang dikaderkan ke Jabatan Penjara, yang dijalankan pada tahun 2017. Lebih kurang 60 orang penolong pegawai perubatan yang bertugas di penjara seluruh negara telah menyertai bengkel ini. Selain pegawai SUHAKAM yang menyampaikan maklumat mengenai piawaian hak asasi manusia antarabangsa berkaitan hak kepada kesihatan di penjara, SUHAKAM juga mengundang Dato’ Dr. Zahari Noor, Ketua Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang dan Dr. Mohd Nor Hayat Mamat, Ketua Unit Perubatan di Jabatan Penjara untuk berkongsi pengetahuan dan kepakaran tentang rawatan perubatan kepada banduan serta peranan penolong pegawai perubatan dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan di penjara. 28 LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2018

Select target paragraph3