BAB 1 dalam Penguatkuasaan Undang-undang”, Pesuruhjaya Dato’ Mah Weng Kwai yang membincangkan tentang ‘Pemerhatian dan Cadangan SUHAKAM berkenaan Hak Asasi Manusia kepada PDRM dan ACP Shanmugamoorthy daripada Bukit Aman yang menyentuh tentang “Hak Asasi Manusia dalam Konteks Kepolisan di Malaysia”. 5. Bengkel Hak Asasi Manusia kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Susulan sambutan baik yang diterima daripada peserta “Bengkel Hak Asasi Manusia kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD)” zon tengah tahun 2017, SUHAKAM menganjurkan bengkel yang serupa di zon utara yang merangkumi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak pada tahun 2018. Program yang diadakan pada 23 - 25 Julai di Pulau Pinang telah dihadiri oleh 34 orang Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD). Bengkel ini membantu SUHAKAM dan PDRM untuk bertukartukar pandangan tentang isu hak asasi manusia dan kepolisan. Terdapat jurang yang ketara antara markah ujian sebelum dan selepas peserta bengkel bagi menguji pengetahuan tentang hak asasi manusia dan pengaplikasiannya dalam tugas mereka. Markah purata bagi jawapan yang betul ujian sebelum bengkel ialah 36.3 peratus. Selepas bengkel, markah purata ialah 72.5 peratus. Seorang daripada peserta mencadangkan agar SUHAKAM menganjurkan bengkel yang serupa kepada ketua masyarakat untuk meningkatkan kefahaman mereka tentang hak asasi manusia. SUHAKAM bercadang untuk meneruskan program latihan ini kepada anggota polis di zon selatan dan utara pada tahun depan. 6. Bengkel Hak Asasi Manusia dan Keadilan Pada 7 Julai, SUHAKAM dengan kerjasama ILKAP menganjurkan bengkel “Hak Asasi Manusia dan Keadilan” kepada 30 orang Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret dari Lembah Klang dan 10 orang pegawai undang-undang daripada Jabatan Peguam Negara, di ILKAP, Bangi. Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang hak asasi manusia di kalangan anggota kehakiman dan pengaplikasiannya di peringkat domestik. Bengkel ini juga menyediakan satu platform kepada peserta untuk memberi, menerima dan bertukar-tukar pandangan dan pengetahuan tentang hak asasi manusia. Bengkel ini dibahagikan kepada lima sesi. Pertama, “Pengenalan kepada Triti Utama Hak Asasi Manusia Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)” disampaikan oleh Pegawai SUHAKAM, Rafidah Yahya, kedua, “Hak Asasi Manusia dalam Perlembagaan Persekutuan” disampaikan oleh Profesor Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi, ketiga “Isu Gender dan Hak Asasi Wanita di Malaysia” disampaikan oleh Pesuruhjaya Prosfesor Madya Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh dan keempat, “Pengaplikasian Piawaian/Prinsip Hak Asasi Manusia dalam Sistem Keadilan LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2018 27

Select target paragraph3