Manusia di Sekolah (ATHAM) dan Modul Hak Asasi Manusia untuk pelajar Pasca-Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pasca-Penilaian Tingkatan 3 (PT3). Cadangan
SUHAKAM untuk memperkenalkan pendidikan hak asasi manusia di sekolah diterima
baik oleh Kementerian Pendidikan. SUHAKAM telah diminta bekerjasama dengan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membangunkan modul latihan hak
asasi manusia kepada Institut Pendidikan Guru dan memberikan input berkenaan
pendidikan hak asasi manusia kepada Bahagian Kurikulum KPM.
Bagi menilai keberkesanan sesi latihan yang dikendalikan dan tahap pengetahuan
yang diperoleh oleh peserta, SUHAKAM memperkenalkan penilaian program yang
lebih berstruktur menggunakan borang dalam talian dan ujian sebelum dan selepas
program.
1. Modul Hak Asasi Manusia Murid Pasca UPSR dan PT3
Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Laporan Tahunan 2017, SUHAKAM
melengkapkan dua modul hak asasi manusia kepada pelajar pasca-UPSR dan pascaPT3 pada bulan Jun tahun ini. Setiap modul mengandungi 30 aktiviti. Objektif modul
ini adalah untuk mendidik pelajar sekolah rendah dan menengah tentang hak asasi
manusia melalui beberapa aktiviti yang menarik. Meskipun modul ini dibangunkan
untuk murid Tahun 6 dan Tingkatan 3, yang mana mereka akan mempunyai masa
terluang di sekolah selepas selesai peperiksaan UPSR dan PT3 dan sebelum cuti
sekolah akhir tahun, aktiviti ini sesuai kepada semua peringkat murid sekolah rendah
dan menengah. SUHAKAM menghargai kesemua input daripada pegawai KPM dan
guru-guru daripada beberapa sekolah dalam memperlengkapkan modul ini dalam
dua bengkel yang dianjurkan pada 3 Mei dan 28 Jun.
Setelah modul ini lengkap, SUHAKAM menganjurkan tiga sesi Training of Trainers (TOT)
untuk memastikan guru-guru sekolah ATHAM dapat menjalankan aktiviti tersebut serta
memperlengkapkan mereka dengan pengetahuan yang cukup berkenaan hak asasi
manusia, terutamanya tentang hak kanak-kanak. Seramai lebih kurang 62 guru sekolah
menengah dan 51 guru sekolah rendah menghadiri bengkel TOT yang dianjurkan
seperti yang berikut:
22
Bil.
Program
Tarikh
1.
Training of Trainers Modul Hak Asasi Manusia
Pasca-UPSR/PT3 zon Selatan
3 – 5 Julai
Port Dickson,
Negeri Sembilan
2.
Training of Trainers Modul Hak Asasi Manusia
Pasca-UPSR/PT3 zon Utara
10 -12 Julai
Alor Setar, Kedah
3.
Training of Trainers Modul Hak Asasi Manusia
Pasca-UPSR/PT3 zon Timur
17 – 19 Julai
Kota Bharu, Kelantan
LAPORAN TAHUNAN
SUHAKAM 2018
Tempat