Pendidikan, Promosi
dan Publisiti
PENDIDIKAN DAN LATIHAN
GAMBARAN KESELURUHAN
Matlamat utama pendidikan hak asasi manusia adalah untuk memperkasakan
masyarakat dengan pengetahuan berkenaan dengan hak asasi manusia bagi
memastikan hak asasi semua manusia dilindungi, dihormati dan dipenuhi. Menyedari
akan kepentingan pendidikan hak asasi manusia, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
Malaysia (SUHAKAM) melalui Bahagian Pendidikan dan Latihan telah mengendalikan
beberapa program pendidikan dan latihan hak asasi manusia. SUHAKAM bekerjasama
dengan organisasi tempatan dan antarabangsa seperti Institut Latihan Kehakiman
dan Perundangan (ILKAP), Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
bagi Pelarian (UNHCR) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pendidikan, Sains
dan Kebudayaan (UNESCO) bagi menganjurkan beberapa program pada tahun ini.
SUHAKAM juga memperluas kumpulan sasarannya melibatkan Jabatan Imigresen,
Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK),ahli parlimen dan entiti perniagaan.
Pada tahun 2018, Universiti Utara Malaysia menandatangani Memorandum
Persefahaman dengan SUHAKAM bagi menjalankan beberapa program hak asasi
manusia dan pendidikan secara bersama. Bagi merealisasikan visi SUHAKAM agar
pendidikan hak asasi manusia diajar di sekolah menjelang tahun 2020, SUHAKAM
menganjurkan beberapa mesyuarat strategik bersama Menteri Pendidikan, YB Dr.
Maszlee Malik pada 11 Disember, Timbalan Menteri Pendidikan, YB Teo Nie Ching pada
22 Oktober dan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan, Datuk Dr. Amin bin Senin
pada 25 Jun. SUHAKAM menerangkan tentang program Amalan Terbaik Hak Asasi