domestik dan syariah, dan sentiasa mempertimbangkan kepentingan kanakkanak serta mengelakkan tindakan yang membawa kepada pencabulan hak asasi manusia dan diskriminasi berterusan terhadap kanak-kanak. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dengan sokongan daripada masyarakat sivil dan SUHAKAM telah mengadakan perbincangan serta mengambil langkah ke arah menubuhkan Suruhanjaya Kanak-kanak dalam masa terdekat, yang akan menumpukan kepada perlindungan dan mempromosi hak kanak-kanak. SUHAKAM telah menganjurkan seminar Masjid Mesra OKU pada 20 Oktober dengan matlamat untuk memberikan platform perbincangan isu-isu substantif termasuk keperluan dan hak mereka untuk beribadat. Perbincangan tersebut bertujuan untuk mengenal pasti jalan penyelesaian dan resolusi bagi membangunkan dasar masjid mesra OKU. Orang kurang upaya (OKU) di Malaysia masih kekal sebagai golongan yang tidak bernasib baik dan ramai daripada mereka masih ketinggalan dari aspek ekonomi, sosial, kebudayaan, agama, sivil atau politik. SUHAKAM telah menganjurkan seminar Masjid Mesra OKU pada 20 Oktober dengan matlamat untuk memberikan platform perbincangan isu-isu substantif termasuk keperluan dan hak mereka untuk beribadat. Perbincangan tersebut bertujuan untuk mengenal pasti jalan penyelesaian dan resolusi bagi membangunkan dasar masjid mesra OKU. SUHAKAM akan terus bekerjasama dengan OKU dan organisasi mereka untuk mengenal pasti dan menggariskan isu-isu yang dihadapi mereka termasuk undang-undang yang perlu dipinda atau dikemas kini. Dari tahun 2012 hingga tahun 2018, kerajaan telah mengkaji dan membangunkan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRAP) dan pelan ini telah dilancarkan pada 1 Mac 2018. NHRAP mengandungi sebanyak 294 pelan tindakan dan merupakan satu detik penting bagi penambahbaikan kedudukan hak asasi manusia di Malaysia. Namun demikian, pelan tindakan tersebut didapati tidak mencapai standard. Pelan ini telah gagal dalam mengambil kira aspek hak asasi manusia tertentu. Hal Ini berpunca daripada ketiadaan atau kurangnya perundingan dengan para aktivis, penyokong hak asasi, organisasi masyarakat sivil dan SUHAKAM dalam proses pembangunan pelan tersebut. SUHAKAM ingin melibatkan diri dalam mesyuarat dan konsultasi berkaitan bagi memastikan agar pelan tersebut dapat ditambah baik agar pelan ini relevan dengan konteks Malaysia. LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2018 xvii

Select target paragraph3