SUHAKAM telah melawat P e n j a r a Ta i p i n g d a n Penjara Pulau Pinang pada tahun 2018. Amat menyedihkan apabila bangunan penjara lama berada dalam keadaan yang uzur dan dibina daripada bahan binaan yang tidak berkualiti. dan menjatuhkan maruah; hak kepada kewarganegaraan dan hak tanah adat. SUHAKAM menerima aduan daripada pekerja migran berhubung hal-hal pelanggaran gaji minimum, bahaya pekerjaan dan eksploitasi pekerja. SUHAKAM bimbang dengan penggunaan berterusan sistem bekas najis di dalam sel tahanan sehingga kini. SUHAKAM telah melawat Penjara Taiping dan Penjara Pulau Pinang pada tahun 2018. Amat menyedihkan apabila bangunan penjara lama berada dalam keadaan yang uzur dan dibina daripada bahan binaan yang tidak berkualiti. SUHAKAM akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memastikan sistem bekas najis ini dihentikan di penjara-penjara lama, dan mengesyorkan penambahbaikan lain yang perlu. Dianggarkan terdapat sejumlah 2599 kanak-kanak yang tidak mempunyai kewarganegaraan di Malaysia. Mereka dinafikan hak pendidikan dan akses ke sekolah kerana tidak mempunyai dokumen dan pada akhirnya peluang untuk memperbaik kehidupan mereka pada masa akan datang. Segelintir kanak-kanak warga asing tanpa penjaga terus ditahan di bawah undang-undang imigresen di Malaysia. Pihak berkuasa turut menggunakan undang-undang keselamatan khususnya Akta Pencegahan Jenayah (POCA) untuk menahan kanak-kanak tanpa bicara. SUHAKAM mengesyorkan agar pihak berkuasa melaksanakan alternatif terhadap penahanan kanak-kanak ini. SUHAKAM mengingatkan kerajaan untuk menyertai instrumen-instrumen hak asasi manusia antarabangsa seperti Konvensyen mengenai Status Orang Tanpa Bernegara, Konvensyen untuk Mengurangkan Orang Tanpa Bernegara dan Konvensyen mengenai Status Pelarian. SUHAKAM amat bimbang kerana terdapat beribu-ribu kes perkahwinan bawah umur 18 tahun di Malaysia setiap tahun, dan penderaan serta eksploitasi kanak-kanak masih berlaku. Hal ini merupakan pencabulan hak asasi manusia kerana perkahwinan bawah umur akan memberikan impak yang besar kepada hak mereka terhadap penjagaan kesihatan, pendidikan, kesaksamaan dan antidiskriminasi. Perkahwinan awal juga menghalang kanak-kanak menjalani kehidupan yang bebas daripada keganasan dan eksploitasi. SUHAKAM menggesa kerajaan untuk meminda semua undang-undang xvi LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2018

Select target paragraph3