SUHAKAM telah menganjurkan lima sesi SUHAKAM Bersama Masyarakat di pelbagai
lokasi di Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Kedah yang melibatkan sejumlah 1848 peserta.
Di bawah program “Hak Asasi Manusia dan Belia”, SUHAKAM meneruskan usaha
untuk mendidik dan memperkasakan golongan belia tentang prinsip-prinsip hak asasi
manusia melalui tujuh bengkel yang melibatkan seramai 1535 peserta belia daripada
pelbagai universiti tempatan dan kumpulan belia. SUHAKAM juga telah bekerjasama
dengan badan-badan Islam di Malaysia serta pihak berkuasa agama, Ahli Parlimen
serta agensi kerajaan, bagi mengkaji halangan-halangan yang berkaitan dengan
penyertaan Malaysia dalam Konvensyen menentang penyeksaan dan hukuman lain
yang zalim tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah (UNCAT) khususnya
tentang ketidaksesuaian undang-undang sivil dan Syariah tempatan dengan UNCAT.
SUHAKAM telah berjaya mendapat persetujuan daripada beberapa buah masjid untuk
merangkumkan isu hak asasi manusia dalam khutbah Jumaat. Selain itu, SUHAKAM dan
JAKIM turut berkolaborasi menganjurkan Seminar Kebangsaan mengenai Hak Asasi
Manusia dan Islam pada 27 November, dengan ucap tama yang begitu bermakna
oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama).
YB Datuk Seri Dr. Mujahid menekankan bahawa promosi dan perlindungan hak asasi
manusia secara keseluruhannya dituntut dalam Islam kecuali dalam beberapa
keadaan tertentu.
SUHAKAM melalui kenyataan medianya, sering kali mengeluarkan kenyataan bagi
menggesa kerajaan serta pihak berkuasa untuk mengambil langkah-langkah bagi
menangani isu-isu yang melibatkan golongan rentan terutamanya yang berkaitan
dengan isu ketidaksamaan gender, hak orang asli/asal, sikap tidak bertoleransi
terhadap agama termasuk isu melibatkan penderaan dan juga perkahwinan kanakkanak. Kenyataan media berfungsi sebagai medium bagi SUHAKAM untuk menyatakan
pendiriannya dan untuk menggesa badan perundangan mengkaji semula, meminda
atau memansuhkan undang-undang keselamatan atau menggariskan bentuk-bentuk
diskriminasi kebebasan asas yang lain.
SUHAKAM juga aktif dalam media sosial termasuk di Facebook, Twitter dan Instagram.
SUHAKAM bertekad untuk lebih mendampingi masyarakat umum dan golongan
muda.
Pada 11 Oktober, Menteri Komunikasi dan Multimedia mengumumkan bahawa satu
keputusan telah dibuat oleh Kabinet bagi menangguhkan penggunaan Akta Hasutan,
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan Akta Komunikasi dan Multimedia, sementara
menunggu pemansuhan akta-akta tersebut. SUHAKAM berharap agar kerajaan tidak
xiv
LAPORAN TAHUNAN
SUHAKAM 2018