Dalam perkara ini,
SUHAKAM telah
melibatkan beberapa
institusi dan organisasi
a g a m a
u n t u k
membincangkan
kesamaan antara
prinsip-prinsip hak asasi
manusia dan konsep
keadilan keagamaan.
yang diterima adalah positif dan kami komited
untuk memperluaskan skop projek ini agar lebih
ramai remaja dan kanak-kanak akan lebih sedar
tentang hak mereka serta prinsip-prinsip hak asasi
manusia.
SUHAKAM merupakan peserta yang aktif dalam
pelbagai jaringan Institusi Hak Asasi Manusia
sedunia dan serantau. Kami memainkan peranan
yang berterusan dalam memperbaik jurang
antara perjanjian hak asasi manusia antarabangsa
dan dasar yang digubal dan dikuatkuasakan oleh
kerajaan. Kami mengekalkan jaringan dengan
negara ASEAN dan sentiasa menyokong serta
membantu apabila diperlukan. Kerjasama ini semakin jelas apabila isu-isu berkaitan
migrasi, alam sekitar dan penindasan sesetengah kumpulan etnik serta banyak lagi
isu lain tidak lagi dilingkungi oleh batasan sempadan negara. Kami percaya bahawa
melalui Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR)
ASEAN, kami boleh mendapat akses dan memperjuangkan hak asasi manusia
merentasi sempadan dan menjadikan forum ini sebagai usaha sama serantau. Hanya
dengan berbuat demikian, kita boleh benar-benar menjadi ASEAN yang benar-benar
menjaga kepentingan rakyat.
Pejuang hak asasi manusia seakan terperangkap dalam ketegangan yang berterusan
dengan agama. Anggapan bahawa hak asasi manusia merupakan agenda Barat
merupakan tuduhan yang sering kali didengar. Banyak lagi yang perlu dilakukan dalam
memberikan pendidikan kepada masyarakat tentang bagaimana hak asasi manusia
dapat memberikan impak terhadap kelangsungan hidup dan kualiti kehidupan. Dalam
perkara ini, SUHAKAM telah melibatkan beberapa institusi dan organisasi agama untuk
membincangkan kesamaan antara prinsip-prinsip hak asasi manusia dan konsep
keadilan keagamaan. Kami berbangga menyatakan bahawa asas telah terbina untuk
usaha sama pada masa depan, bermula dengan khutbah Jumaat yang merangkumi
aspek hak asasi manusia yang telah dilaksanakan di beberapa masjid dan usaha ini
akan menjadi tugasan yang mencabar.
Dilema dalam mengharmonikan komitmen kerajaan Persekutuan dan Negeri masih
lagi berterusan khususnya dalam isu sensitif seperti perkahwinan kanak-kanak dan
hak tanah Orang Asli. Kesukaran bagi menyakinkan kerajaan persekutuan untuk
menyertai undang-undang hak asasi manusia bukanlah pengakhiran kepada
x
LAPORAN TAHUNAN
SUHAKAM 2018