Hak asasi manusia di Malaysia dan SUHAKAM menerima tamparan besar dengan tindakan kerajaan untuk mengundurkan diri daripada menyertai sambutan Hari Hak Asasi Manusia Sedunia yang telah disalah ertikan sebagai perhimpunan balas kerana tunduk kepada tekanan politik untuk menolak penyertaan Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). kerana tunduk kepada tekanan politik untuk menolak penyertaan Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Kumpulan yang menentang penyertaan mendakwa bahawa penyertaan tersebut akan membatalkan dan meleraikan kontrak sosial yang telah dibina berasaskan tindakan afir matif dan hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, SUHAKAM akan tetap meneruskan usaha kami dalam menyakinkan kerajaan untuk mengutamakan hak asasi manusia sebagai satu keperluan dalam pembangunan sosial dan ekonomi di Malaysia. Untuk bahagian kami, masa depan SUHAKAM kelihatan cerah. SUHAKAM telah menambahkan sesi libat urus dengan pembuat dasar dan Menterimenteri dalam usaha kami untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman hak asasi manusia dari sudut perundangan dan berjaya menganjurkan satu program usaha sama pertamanya dengan Pejabat Yang di-Pertua (Speaker) Dewan Rakyat untuk Ahli Parlimen pada 25 September. Aktiviti SUHAKAM buat masa ini lebih kepada meningkatkan ketelusan dan kebebasan tadbir urus SUHAKAM dengan perancangan terdekat adalah bertanggungjawab dan melapor terus kepada Parlimen. Kebebasan SUHAKAM akan dipertingkatkan lagi di bawah Parlimen dan akan memberi kekuatan untuk menggerakkan hak asasi manusia sebagai nadi kepada negara dan untuk Ahli Parlimen percaya kepada kepentingan hak asasi manusia. Melihat kepada situasi semasa Malaysia yang tidak memberangsangkan dalam perlindungan hak dan kebajikan kanak-kanak yang termasuk antara lainnya isu perkahwinan kanak-kanak, penahanan dan tanpa kewarganegaraan, SUHAKAM gembira dengan inisiatif kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menubuhkan Suruhanjaya Kanak-kanak dan menyatakan sokongan mereka terhadap usaha ini. SUHAKAM dengan usaha sama Kementerian Pendidikan juga telah membangunkan Modul Hak Asasi Manusia untuk pelajar-pelajar UPSR dan PT3 dan modul ini telah pun dilaksanakan di beberapa sekolah. Maklum balas LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2018 ix

Select target paragraph3