SUHAKAM 2.6 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak 1989 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak telah diratifikasikan oleh Malaysia pada Februari 1995. Hak kanak-kanak yang dinyatakan dalam konvensyen ini juga meliputi masalah pendidikan kanak-kanak Orang Asli. Perkara 2 : Tiada Diskriminasi “Semua hak terpakai bagi kanak-kanak tanpa kecualian. Adalah menjadi obligasi Negara untuk melindungi kanak-kanak daripada apa-apa bentuk diskriminasi dan untuk mengambil tindakan yang positif untuk memajukan hak mereka”. Perkara 28 : Pendidikan “Kanak-kanak mempunyai hak terhadap pendidikan, dan kewajipan Negara untuk memastikan bahawa pendidikan utama percuma dan wajib, menggalakkan pendidikan menengah dalam berbagai bentuk yang mudah diperolehi oleh setiap kanak-kanak dan untuk menjadikan pendidikan tinggi diadakan kepada semua atas dasar keupayaan. Disiplin sekolah hendaklah selaras dengan hak dan kemuliaan kanak-kanak itu. Negara hendaklah melibatkan diri dalam kerjasama antarabangsa untuk melaksanakan hak ini.” Perkara 29 : Matlamat Pendidikan “Pendidikan hendaklah mempunyai matlamat untuk mengembangkan personaliti, bakat dan kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada tahap potensi yang paling tinggi. Pendidikan hendaklah menyediakan kanak-kanak itu untuk kehidupan dewasa yang aktif dalam atau masyarakat yang bebas dan memupuk rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, bahasa dan nilainya sendiri, dan bagi latar belakang kebudayaan dan nilai belakang kebudayaan dan nilai orang lain”. Perkara 30 : Hak Kanak-Kanak Minoriti atau Penduduk Asli “Kanak-kanak daripada komuniti minoriti dan penduduk Asli mempunyai hak untuk menikmati kebudayaan mereka sendiri dan mengamalkan bahasa dan agama mereka sendiri”. 15

Select target paragraph3