SUHAKAM
2.0
Dasar Kerajaan dan Antarabangsa Mengenai Pendidikan Orang Asli
Terdapat beberapa undang-undang di peringkat domestik dan antarabangsa yang
menjamin hak pendidikan Orang Asli. Walaupun kebanyakan undang-undang
kebangsaan tidak merujuk secara khusus kepada Orang Asli, namun secara umumnya
ia menjamin hak pendidikan Orang Asli.
Triti hak asasi di peringkat antarabangsa juga banyak yang menyebut mengenai hak
pendidikan Orang Asal sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Berikut adalah beberapa perundangan dalam negara dan triti hak asasi manusia di
peringkat antarabangsa yang berkaitan dengan hak pendidikan.
2.1
Perlembagaan Persekutuan
Perlembagaan Persekutuan tidak merujuk secara khusus kepada hak pendidikan Orang
Asli. Namun, ia menyatakan bahawa tiada sebarang diskriminasi dibenarkan dari segi
kemasukan dan bantuan kewangan yang diberikan untuk tujuan pendidikan.
Perkara 12: Hak berkenaan dengan pendidikan.
(1) Tanpa menjejaskan keluasan Perkara 81, tidak boleh ada diskriminasi terhadap
mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau
tempat lahir.
2.2
(a)
dalam pentadbiran mana-mana institusi pendidikan yang disenggarakan
oleh suatu pihak berkuasa awam khususnya, kemasukan murid-murid
atau pelajar-pelajar atau pembayaran yuran; atau
(b)
dalam memberikan bantuan kewangan daripada wang sesuatu pihak
berkuasa awam bagi penyenggaraan atau pendidikan murid-murid atau
pelajar di mana-mana institusi pendidikan (sama ada disenggarakan
oleh suatu pihak berkuasa awam atau tidak dan sama ada di dalam
atau di luar Persekutuan).
Akta Orang Asli 1954 (Akta 134)
Artikel 17 Orang Asli tidak boleh dilarang masuk ke mana-mana sekolah
(1) “Tiada kanak-kanak Orang Asli boleh dihalang daripada pergi ke mana-mana sekolah
semata-mata oleh sebab dia Orang Asli”.
1
Perkara 8 adalah berkenaan kesamarataan di sisi undang-undang
11