SUHAKAM
4.0
Pengenalan
Pendidikan di kalangan masyarakat Orang Asli telah mendapat perhatian agensi
Kerajaan. Justeru, agensi-agensi Kerajaan telah berusaha untuk mengatasi masalah
yang dihadapi oleh komuniti Orang Asli. Pihak Kerajaan juga menyediakan beberapa
kemudahan dan bantuan untuk kanak-kanak Orang Asli.
Bagi tujuan laporan ini, tumpuan diberi pada peranan yang dimainkan oleh agensi-agensi
berikut:
i.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM);
ii.
Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA);
iii.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); dan
iv.
Jabatan Kesihatan.
4.1
Peranan dan Usaha Kementerian Pelajaran Malaysia
Pembangunan pendidikan di negara ini pada peringkat awalnya lebih tertumpu
kepada pembinaan sekolah di bandar-bandar. Peluang menikmati pendidikan bagi
penduduk luar bandar dan pedalaman kurang diberi perhatian. Akibatnya, wujud
ketidaksamarataan dan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar serta di
antara masyarakat arus perdana dan masyarakat minoriti. Menyedari keadaan ini, KPM
telah mengambil pelbagai langkah untuk merapatkan jurang pendidikan antara bandar
dan luar bandar. Sebagai langkah permulaan, KPM telah mengambil alih pengurusan
kesemua sekolah-sekolah yang diuruskan oleh JHEOA pada tahun 1996. Langkahlangkah seterusnya adalah seperti berikut:
i.
Menguatkuasakan Pendidikan Wajib dan Percuma pada tahun 2003.
Akta Pelajaran 1996 telah dipinda supaya pendidikan sekolah rendah adalah
wajib dan semua kanak-kanak warganegara Malaysia berumur 6-12 tahun
harus berada di sekolah seperti yang telah dibincangkan dalam Bab 2.
ii.
Meningkatkan Kadar Penyertaan dan Mengurangkan Keciciran
Pihak KPM menekankan penguasaan 3M (Menulis, Membaca, Mengira),
Program KIA2M (Kelas Intervensi Awal Menulis dan Membaca) dan Program
PKMOA (Program Khas Murid Orang Asli). Ia bertujuan untuk meningkatkan
kemahiran 3M murid Orang Asli yang tidak melepasi markah 30% dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik pada Tahun 2. Bagi murid yang tidak
melepasi markah 30% pada Tahun 2, mereka akan memasuki kelas pemulihan
untuk selama satu tahun. Murid-murid ini dibenarkan berada di sekolah rendah
dengan tambahan 1 tahun, menjadi 7 tahun.
Pada tahun 2007, Jemaah Nazir Sekolah telah memantau program Kelas
Intervasi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) di 90 buah sekolah daripada 93
buah sekolah 100% murid Orang Asli. Bilangan keseluruhan murid Tahun 1 di
sekolah-sekolah ini pada tahun 2007 ialah seramai 4,776. Seramai 1,436 murid
Tahun 1 telah ditapis dan didapati seramai 389 orang murid telah menguasai
kemahiran 2M, sementara seramai 1,047 orang murid belum menguasai
kemahiran 2M. Mereka ini akan mengikuti Program Pemulihan di Tahun 2 pada
tahun 2008.
29