LAPORAN STATUS HAK PENDIDIKAN KANAK-KANAK ORANG ASLI
(2) “Tiada kanak-kanak Orang Asli yang pergi ke mana-mana sekolah boleh diwajibkan
menghadiri apa-apa pengajaran agama melainkan jika persetujuan bapanya atau ibunya
jika bapanya telah mati, atau penjaganya, jika kedua-dua ibu bapanya telah mati, telah
dimaklumkan kepada Ketua Pengarah terlebih dahulu dan disampaikan oleh Ketua
Pengarah secara bertulis kepada guru besar sekolah berkenaan itu.”2
(3) “Mana-mana orang yang bertindak dengan melanggar seksyen ini melakukan suatu
kesalahan dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit.”
2.3
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) & Peraturan-Peraturan Terpilih (Hingga 15hb
Disember 2003)
Pada tahun 2003,3 Akta Pelajaran 1996 telah dipinda untuk menjadikan pendidikan
asas iaitu pendidikan sekolah rendah adalah wajib. Ini bermakna setiap kanak-kanak
berusia 6-12 tahun harus mengikuti sistem persekolahan (sekolah rendah). Pindaan ini
adalah selaras dengan Konvensyen Hak Kanak-Kanak.
Pindaan ini mempunyai implikasi yang tinggi terhadap komuniti Orang Asli kerana tidak
semua kanak-kanak Orang Asli yang bersekolah.
Berikut adalah seksyen 29(a) yang telah dipinda untuk menjadikan pendidikan sekolah
rendah wajib.
Seksyen 29 (A)
(1) menyatakan “Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta,
menetapkan pendidikan rendah menjadi pendidikan wajib”.
(2) tiap-tiap ibu bapa yang merupakan warganegara Malaysia yang tinggal di Malaysia
hendaklah memastikan bahawa jika anaknya telah mencapai umur enam tahun pada
hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa anak itu didaftarkan
sebagai murid di sekolah rendah dalam tahun itu dan terus menjadi murid di sekolah
rendah sepanjang tempoh pendidikan wajib.
2
Menurut En. Lim Heng Seng dari Lee Hishamuddin, Allen & Gledhill dalam kertas beliau “The Rights
of Orang Asli as prescribed in The Current Laws of Malaysia” yang dibentangkan dalam The In-Depth Discussion
on Native Customary Land Rights of The Orang Asli anjuran SUHAKAM pada 13 Jun 2009 menyatakan “Rights To
Education…in regard to education no positive obligations are imposed; General rights is found in Federal Constituation and Education Act; and however, the Act Section 17(2) prohibits the exclusion of any Orang Asli children from
attending any school…”
3
Pendidikan Wajib dan Percuma bagi sekolah rendah diwartakan pada tahun 2002 dan berkuatkuasa pada
tahun 2003
12