(a) Dasar Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya 2007 (b) Dasar Satu Peratus Peluang Pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam kepada Golongan Orang Kurang Upaya (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 16 Tahun 2010) (c) Pelan Tindakan Kebangsaan Orang Kurang Upaya 2016 – 2022 Dalam memastikan aksesibiliti OKU terjamin, Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT) pada tahun 1990 telah memperkenalkan Undang-Undang Kecil 34A dalam Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 bagi mewajibkan setiap bangunan awam menyediakan akses untuk membolehkan OKU masuk, keluar dan bergerak dalam bangunan tersebut. Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu memastikan bahawa semua pelan bangunan awam mengandungi ciri-ciri akses mengikut Standard Malaysia. Pemilik bangunan awam yang tidak mematuhi Undang-Undang Kecil 34A boleh diambil tindakan di bawah peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Selain itu, bagi memastikan kemudahan OKU yang disediakan menepati standard, terdapat tiga (3) standard Kod Amalan (Code of Practice) mengenai kebolehaksesan dan mobiliti yang diperkenalkan oleh Jabatan Standard Malaysia seperti berikut: (a) MS 1183:1990 - Code of Practice for Means of Escape for Disabled Persons (b) MS 1184:2014 - Code of Practice on Universal Design and Accessibility in the Built Environment (Second Revision) (c) MS 1331:2003 - Code of Practice for Access for Disabled People Outside Buildings Seperti yang digariskan dalam Pelan Tindakan OKU 20162022 melalui Teras Strategik 1 dalam meningkatkan mobiliti dan kualiti hidup golongan OKU supaya lebih produktif dan inklusif dalam masyarakat, pihak Kerajaan berusaha meningkatkan penyediaan akses kepada persekitaran fizikal di bandar mahupun di luar bandar berkonsepkan reka bentuk sejagat. Dalam melaksanakan pelbagai usaha meningkatkan aksesibiliti OKU, KPWKM telah menubuhkan Jawantakuasa Reka Bentuk Sejagat dan Alam Bina di bawah Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya untuk menangani isu aksesibiliti OKU dan reka bentuk sejagat, selaras dengan Seksyen 11 Akta OKU 2008.

Select target paragraph3