MODUL 18: JARINGAN KASIH Murid dapat : Objektif : i. menambah pengetahuan dan kefahaman murid mengenai hak asasi manusia dan menyedari bahawa hubungan baik serta menghormati sesama insan adalah penting. ii. mengenal pasti perasaan kasih sayang antara satu sama lain. iii. mengetahui cara untuk menghormati diri sendiri dan orang lain. Menjaga maruah, bertanggungjawab,hormatmenghormati, hak kesamarataan, adil Nilai : Jenis aktiviti : Aktiviti kumpulan 4 gelung tali, dokumen Konvensyen Mengenai Hak KanakBahan bantu belajar : kanak (CRC) dan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) Lokasi : Bilik darjah/dewan/kantin Tempoh masa : 1 Jam 30 Minit Langkah-langkah pelaksanaan: Aktiviti 1 1. Murid dimaklumkan oleh guru bahawa aktiviti ini akan secara simbolik menjadi satu jaringan yang mewakili hubungan kasih sayang antara kita dan orang yang kita kasihi. 2. Semasa melakukan aktiviti, kumpulan akan membina satu ”sarang labahlabah” menggunakan gulungan tali yang diberikan. 3. Murid diminta membuat satu bulatan yang terdiri daripada 20 orang murid bagi setiap kumpulan. Murid pertama yang diberikan bola benang akan menyebut ”Menyayangi seseorang bermakna.......saya tidak menyakiti hatinya.” Selepas itu beliau akan melemparkan bola benang itu kepada rakannya yang berada bertentangan dengan beliau. 4. Aktiviti yang sama diulang sehingga semua murid mendapat giliran dan membentuk satu model sarang labah-labah. 5. Murid diminta untuk berfikir sesuatu perkara yang boleh menyebabkan hubungan terputus (contoh: dengan kawan rapat, ahli keluarga, kekasih dan lain-lain). 6. Setiap kali murid menjawab beliau menggunting tali yang menghubungkan beliau dengan rakan lain. Ulang sehingga sarang labah-labah tadi musnah. 78

Select target paragraph3