MODUL 17: TANAH AIRKU Murid dapat : Objektif : i. menambah pengetahuan dan kefahaman mengenai hak asasi manusia dalam memenuhi hak untuk rehat, masa lapang, melibatkan diri dalam aktiviti permainan dan rekreasi yang sesuai dengan umur mereka. ii. membezakan keperluan dan kehendak mereka. iii. memenuhi keperluan sosial untuk hidup dengan sejahtera Nilai : Hormat-menghormati, penyertaan dan kerjasama Jenis aktiviti : Permainan (Eksplorace) Bahan bantu belajar : Kad arahan bewarna untuk setiap `check point’, kertas A4, pensil/pen, kad huruf, wisel Lokasi : Luar bilik darjah/sekitar sekolah Tempoh masa : 1 Jam 30 Minit Langkah-langkah pelaksanaan: 1. Bahagikan murid dalam kumpulan kecil. 2. Murid diberi pilihan untuk memilih kad warna untuk ke stesen yang ditentukan. 3. Murid akan melaksanakan arahan yang terdapat dalam kad arahan di setiap stesen. Stesen 1: Menyelesaikan 5 soalan Pendidikan Moral . Stesen 2: Permainan “Musang dan Anak Ayam”. Stesen 3: Senaraikan 5 perkataan Bahasa Inggeris berdasarkan kad huruf yang diberikan. - Setiap perkataan mempunyai bilangan minimum 5 huruf – contoh: R.I.G.H.T - Galakkan perkataan yang berhubung kait dengan hak asasi manusia. Stesen 4: Permainan baling kasut/tin susu. • Bahagikan kumpulan kepada 2. • Kumpulan 1 akan membina menara kasut/tin susu. • Kumpulan 2 akan berusaha meruntuhkan binaan kasut/tin susu. • Aktiviti dilakukan secara bergilir. Stesen 5: Senaraikan 5 jenis • Pakaian tradisional di Malaysia. • Makanan tradisional di Malaysia. • Alat permainan tradisional di Malaysia. • Sambutan perayaan di Malaysia. • Hak asasi kanak-kanak 76

Select target paragraph3