10. Rumah kemas 11. Rumah besar 12. Pakaian cantik 13. Kasih sayang ibubapa 14. Sekolah selamat 15. Rekreasi dan permainan 16. SUHAKAM Refleksi a. Murid menyedari kewujudan hak kanak-kanak. b. Murid dapat mengetahui tempat untuk mendapatkan bantuan. Nota rujukan guru: i. Hak asasi manusia adalah hak asasi dan kebebasan milik semua manusia. Hak-hak ini telah dinyatakan dalam 30 Artikel Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) yang diterima pakai oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 10 Disember 1948. ii. UDHR mengisytiharkan bahawa semua manusia dilahirkan sama rata dari segi maruah diri dan hak-hak, tanpa mengira bangsa, agama, warna kulit, jantina dan pangkat. iii. Hak kanak-kanak telah dinyatakan di dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanakkanak (CRC). iv. Terdapat 54 Artikel di dalam CRC. v. Kanak-kanak adalah mereka yang berumur 18 tahun dan ke bawah. Berikut adalah antara artikel dalam CRC yang berkaitan dengan aktiviti ini: • Artikel 2. CRC. Tiada diskriminasi. • Artikel 12. CRC. Pendapat kanak-kanak. • Artikel 13. CRC. Kebebasan bersuara. • Artikel 3. CRC. Kepentingan terbaik kanak-kanak. • Artikel 17. CRC. Akses kepada maklumat yang sewajarnya. • Artikel 14. CRC. Kebebasan berfikir, rasa hati dan beragama. 73

Select target paragraph3