MODUL 14:
SAYANGI DAKU
Murid dapat :
i. pengetahuan dan kefahaman mengenai hak asasi
manusia dan kepentingan terbaik kanak-kanak.
Objektif
:
ii. kefahaman mengenai
terhadap mereka.
tanggungjawab
ibubapa
iii. mengetahui bahawa mereka dilindungi sepenuhnya
oleh ibubapa mereka.
Hormat-menghormati, tanggungjawab, kerjasama,
maruah
Nilai
:
Jenis aktiviti
: Perbincangan kumpulan
Bahan bantu belajar :
Himpunan gambar-gambar berasaskan Kehendak dan
Keperluan, kertas mahjong, pita pelekat, pen marker
Lokasi
: Bilik darjah
Tempoh masa
: 1 Jam
Langkah-langkah pelaksanaan:
Aktiviti 1
• Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan (6 orang).
• Setiap kumpulan diedarkan himpunan gambar-gambar berdasarkan kehendak
dan keperluan.
• Setiap kumpulan berbincang, membuat pilihan dan mengambil kira
persetujuan semua ahli kumpulan sambil membezakan yang mana kehendak
dan keperluan.
• Setiap kumpulan diminta untuk menyenaraikan kehendak dan keperluan di atas
kertas mahjong dengan `mengkelaskan’ mengikut keperluan dan kehendak.
Aktiviti 2
1. Mengapakah murid memilih gambar tersebut untuk kehendak dan keperluan
kumpulan mereka?
2. Antara senarai keperluan dan kehendak tersebut, murid diminta menyusun
mengikut kedudukan yang mereka rasakan paling penting.
3. Murid memberi pendapat mengapa mereka memilih gambar-gambar tersebut.
4. Adakah keputusan tersebut dibuat secara individu atau mendapat persetujuan
ahli kumpulan.
66