MODUL 13:
JATI DIRI
Murid dapat :
Objektif
:
i. menambah pengetahuan dan kefahaman mengenai
hak asasi manusia dan memperkukuhkan identiti serta
jati diri.
ii. mengenal pasti identiti diri seperti bangsa dan agama
anutan masing-masing.
iii. mengamalkan asas identiti diri dalam kehidupan
seharian.
Nilai
: Maruah diri/hormat-menghormati/bertanggungjawab
Jenis aktiviti
: Tayangan video/pembentangan
Bahan bantu belajar :
Laptop, LCD, speaker, video, Alat Pandang Dengar (APD),
kertas mahjong dan pen marker
Lokasi
: Bilik Alat Pandang Dengar (APD)
Tempoh masa
: 1 Jam 20 Minit
Langkah-langkah pelaksanaan:
Aktiviti 1
1. Murid dibahagikan dalam bentuk kumpulan seramai 3-4 orang dari pelbagai
agama dan bangsa.
2. Setiap kumpulan diberikan kad kosong dan murid diminta menulis bangsa,
bahasa dan agama (1 minit).
3. Murid diminta menunjukkan kad tersebut dalam kumpulan masing-masing dan
berbincang dalam kalangan ahli kumpulan.
Aktiviti 2
1. Guru menayangkan video kepada semua murid (durasi 5 minit).
2. Selesai tayangan video, guru menanyakan soalan terbuka kepada semua
murid-murid.
i. Apakah topik yang dapat murid fahami dari tayangan video tadi?
ii. Sebagai rakyat Malaysia, apakah hak anda dalam mengekalkan identiti diri
anda?
3. Setiap kumpulan diberikan kertas mahjong, pen marker pelbagai warna untuk
menyenaraikan hak-hak mereka dari hasil perbincangan bagi mengekalkan
identiti bangsa (15 minit).
4. Setiap kumpulan diminta menampalkan hasil tugasan mereka di dinding kelas
dan sesi pembentangan dijalankan.
64