3. Adakah wujud perbezaan pendapat dalam kalangan ahli kumpulan dalam
proses pemilihan makanan dan nyatakan perbezaan tersebut?
4. Apakah keistimewaan makanan tersebut?
5. Senaraikan bahan dan ramuan makanan yang anda pilih.
Refleksi:
Guru meminta murid membuat refleksi mengenai menjaga perasaan, sensitiviti
bangsa dan agama rakan dalam aktiviti tadi.
Nota rujukan untuk guru:
i. Hak asasi manusia adalah hak asasi dan kebebasan milik semua manusia.
Hak-hak ini telah dinyatakan dalam 30 Artikel UDHR yang diterima pakai oleh
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 10 Disember 1948.
ii. UDHR mengisytiharkan bahawa semua manusia dilahirkan sama rata dari segi
maruah diri dan hak-hak, tanpa mengira bangsa, agama, warna kulit, jantina
dan pangkat.
iii. Hak kanak-kanak telah dinyatakan di dalam CRC.
iv. Terdapat 54 Artikel di dalam CRC.
v. Kanak-kanak adalah mereka yang berumur 18 tahun dan ke bawah.
Berikut adalah antara artikel dalam CRC yang berkaitan dengan aktiviti ini:
• Artikel 2. CRC. Tiada diskriminasi.
• Artikel 24. CRC. Hak kepda kesihatan dan perkhidmatan kesihatan.
• Artikel 12. CRC. Pendapat kanak-kanak.
• Artikel 13. CRC. Kebebasan bersuara.
• Artikel 31. CRC. Aktiviti masa lapang, rekreasi dan kebudayaan.
• Artikel 30. CRC. Hak kanak-kanak minoriti atau penduduk asli.
• Artikel 29. CRC. Matlamat pendidikan.
63